HomeWorld

Loke's surprise defeat in Chennah a blow to DAP

World 1 source 1 country 42m ago

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas tewas kepada calon BN, Siow Kong Choon, pada PRN Negeri Sembilan.PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata beliau akur dengan kekalahan mengejut beliau di DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan.Beliau berkata pasukan kempen PH telah melakukan yang terbaik di Chennah tetapi masih kalah dengan majoriti tipis, lapor Sinar Harian.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus berdiri bersama anda semua.“Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di hati kami,” katanya.Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, pada PRN Negeri Sembilan.Menteri pengangkutan itu yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili Chennah sejak 2013.Kekalahan pemimpin tertinggi DAP itu bukan sahaja menamatkan penguasaannya selama lebih sedekad di Chennah, malah berpotensi menjejaskan kedudukan parti itu dalam landskap politik negeri.Sebagai setiausaha agung DAP, Loke dianggap antara tokoh utama PH dan kekalahannya dijangka mencetuskan persoalan mengenai penerimaan pengundi terhadap parti itu.Kemenangan Siow pula menyaksikan BN berjaya merampas kerusi yang sebelum ini menjadi antara kubu penting DAP di Negeri Sembilan.

Loke Siew Fook mula mewakili DUN Chennah sejak 2013.SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengalami kekalahan mengejut di DUN Chennah, keputusan yang dilihat memberi tamparan besar kepada pengaruh parti itu.Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, pada PRN Negeri Sembilan.Menteri pengangkutan itu yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili Chennah sejak 2013.Kekalahan pemimpin tertinggi DAP itu bukan sahaja menamatkan penguasaannya selama lebih sedekad di Chennah, malah berpotensi menjejaskan kedudukan parti itu dalam landskap politik negeri.Sebagai setiausaha agung DAP, Loke dianggap antara tokoh utama PH dan kekalahannya dijangka mencetuskan persoalan mengenai penerimaan pengundi terhadap parti itu.Kemenangan Siow pula menyaksikan BN berjaya merampas kerusi yang sebelum ini menjadi antara kubu penting DAP di Negeri Sembilan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →