Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tak tolak kemungkinan PH berunding dengan gabungan lain selepas PRN Negeri Sembilan jika gagal peroleh kerusi mencukupi untuk bentuk kerajaan negeri.PETALING JAYA: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Negeri Sembilan Sabtu ini boleh membawa 'implikasi besar' terhadap kelangsungan kerajaan persekutuan, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.Loke berkata, walaupun pemimpin Barisan Nasional (BN) berulang kali memberi jaminan kepada PH akan kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal pada awal 2028, perkembangan politik sentiasa boleh berubah.Sekalipun begitu, katanya, PH akan menumpukan perhatian untuk meraih kemenangan bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan, kerana tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan terjadi.Menyifatkan landskap politik sebagai sentiasa berubah, Loke berkata, ahli politik tertentu akan bertindak 'apabila melihat peluang'."... jadi, ini sesuatu yang semestinya kami sedia maklum," katanya dalam temu bual The Edge.Beliau juga berkata, kelangsungan politik akhirnya bergantung kepada kekuatan sokongan pengundi."Ahli politik hanya faham bahasa kekuatan. Jika tiada sokongan pengundi dan kekuatan politik, sudah tentu kedudukan kita seolah-olah di hujung tanduk," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa prestasi cemerlang BN di Negeri Sembilan boleh mencetuskan langkah undi tidak percaya terhadap kerajaan perpaduan.Kerajaan perpaduan dibentuk selepas PRU 2022, apabila tiada gabungan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.PH, yang meraih kerusi Parlimen terbanyak, kemudiannya membentuk kerajaan bersama BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti lain.Loke juga enggan menolak kemungkinan PH akan berunding dengan gabungan lain selepas PRN Negeri Sembilan jika gagal memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri."Saya rasa terlalu awal untuk perkatakan hal sebegini sekarang kerana tiada gabungan dan tiada parti yang akan menolak sebarang kemungkinan dalam senario politik Malaysia semasa," katanya."Setiap parti mahu menang secara bersendirian.
Tetapi jika kerusi tidak cukup, maka selepas pilihan raya, kita perlu duduk berunding. Jadi saya rasa ini satu ciri kekal selepas PRU lepas," katanya.Mengenai hubungan kerjasama PH dengan BN dalam kerajaan perpaduan, Loke yang juga menteri pengangku…
Summary from source