HomeWorld

Keldai dadah: Polis kesan taktik baharu sindiket di KLIA

World 1 source 1 country 15m ago

Pengarah JSJN Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata, 180 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana jadi keldai dadah dari 2024 hingga April lepas. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 individu disyaki menjadi keldai dadah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari tahun lepas hingga April, dengan rakyat tempatan catat jumlah tertinggi seramai 19 orang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu, 25 individu ditahan tahun lepas, termasuk lima warga Taiwan, masing-masing tiga dari Britain dan Maldives serta dua Indonesia.

Sehingga April tahun ini, katanya, 25 lagi ditahan membabitkan tujuh warga tempatan diikuti Britain (lima), Singapura (empat), Perancis (tiga), Indonesia (dua) serta masing-masing seorang dari Hong Kong, Thailand, Slovakia dan Ireland. Hussein berkata, sindiket dadah antarabangsa dikesan menggunakan taktik baharu dengan membuat tempahan penerbangan untuk keldai dadah pada saat akhir atau waktu puncak di KLIA bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. “Sindiket menggunakan pelbagai modus operandi seperti peluang pekerjaan palsu, pakej percutian percuma dan ganjaran kewangan lumayan yang menyasarkan individu berhadapan tekanan kewangan atau kurang kesedaran mengenai risiko jenayah itu.

“Mangsa diperdaya untuk membawa barangan tanpa mengetahui kandungan sebenar dengan terdapat kes dadah disorok secara kreatif dalam bagasi, pakaian, barangan peribadi dan melalui kaedah ‘body packing’,” katanya. Hussein berkata, pemantauan JSJN mendapati lapangan terbang masih menjadi laluan utama sindiket menyeludup dadah menggunakan keldai dadah, khususnya membabitkan rangkaian antarabangsa manakala pelabuhan dan pintu masuk sempadan darat menggunakan modus operandi berbeza. Dalam perkembangan berkaitan, Hussein berkata, sebanyak 180 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah dari 2024 hingga April lepas, iaitu 84 orang pada 2024, 66 orang (2025) dan 30 orang setakat April 2026.

“Walaupun angka ini menunjukkan penurunan, namun jumlah itu masih membimbangkan. Antara negara merekodkan tangkapan rakyat Malaysia ialah Thailand, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. “Kebanyakan mereka disyaki terperdaya dengan tawaran pekerjaan atau ganjaran mudah tanpa menyedari risiko serta implikasi undang-undang yang sangat berat di negara berk…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →