HomeWorld

Kelindan lori dipenjara 38 bulan kerana culik, cedera pelajar perempuan

World 1 source 1 country 43m ago

M Shyrichs, 39, mengaku bersalah culik dan cederakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 di Padang Serai pada 23 Julai lepas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman penjara 38 bulan oleh Mahkamah Majistret Kulim hari ini selepas mengaku bersalah menculik dan mencederakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 minggu lepas.Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan M Shyrichs, 39, dipenjara 38 bulan bagi kesalahan menculik dan lima bulan bagi kesalahan mendatangkan kecederaan.Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 24 Julai lepas, lapor Bernama.Shyrichs didakwa menculik mangsa di depan sebuah sekolah di Padang Serai pada 6.30 petang 23 Julai lepas, mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.Dia juga didakwa mencederakan mangsa di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ain Fadilla Mohamad Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan V Nyanasegaran.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →