HomeWorld

Keluarga tuntut jawapan, jaminan rawatan jangka panjang untuk komando cedera

World 1 source 1 country 12m ago

Latheefa Koya pada sidang media bersama ibu Abdul Hamid Talib, Josma Duim dan abangnya, SaifuddinPETALING JAYA: Keluarga komando Abdul Hamid Talib menggesa kerajaan memberi perkembangan terkini siasatan menimpanya dan jaminan grpenjagaan perubatannya untuk jangka panjang.Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) Latheefa Koya berkata keluarga itu masih belum menerima penjelasan jelas mengenai kejadian menimpa Hamid atau pihak yang akan menanggung kos penjagaannya selepas dia dijangka keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) esok.Beliau menggesa Kementerian Pertahanan menjelaskan apa yang berlaku kepada Hamid dan sama ada tindakan sudah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.Latheefa turut meminta Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan PPUM gagal menjawab surat peguam keluarga itu, selain memastikan Hamid tidak dibenarkan keluar tanpa pelan penjagaan yang lengkap.Katanya, laporan perubatan penuh mengesahkan Hamid mengalami kecederaan otak traumatik serius yang menjejaskan beberapa bahagian otaknya, selain lumpuh pada keempat-empat anggota badan.“Dia berada dalam keadaan vegetatif. Dia langsung tidak boleh bergerak dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas.“Siapa yang akan menjaganya? Ahli keluarganya bukan penjaga profesional atau jururawat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat LFL hari ini.Latheefa turut mempersoalkan keputusan PPUM untuk membenarkan Hamid keluar tanpa persediaan jelas bagi proses pemulihan, peralatan perubatan dan penjagaan profesional.Tak jawab suratLatheefa mendakwa hospital itu tidak menjawab dua surat segera yang dihantar peguam pada 14 dan 22 Julai bagi mendapatkan penjelasan mengenai tahap kesihatan Hamid, program pemulihan serta urusan membenarkannya keluar.FMT telah menghubungi PPUM untuk mendapatkan ulasan.Latheefa berkata hospital itu secara berasingan menghantar surat kepada bahagian berkaitan dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 8 dan 22 Julai, dengan menyenaraikan peralatan yang diperlukan Hamid selepas keluar dari hospital.Peralatan itu termasuk katil hospital, tilam khas, kerusi roda, mesin penyedut mudah alih, kerusi tandas, alat pemantau tekanan darah dan oksimeter nadi, selain bekalan nutrisi.Bagaimanapun, Latheefa berkata pihak tentera masih belum memberi maklum balas atau jaminan peralatan itu akan disediakan dan kos berkaitan ditanggung.Keluarga Hamid sudah menyewa sebuah rumah yang sesuai untuk me…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →