JPJ beri jaminan urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan.PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungutnya berkuat kuasa 5 Okt.Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta kedudukan obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan syarikat itu.“Selaras keputusan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan turut digantung mulai 5 Okt 2026,” katanya, menurut kenyataan.“JPJ memberi jaminan urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan."Antara urusan yang boleh dibuat melalui saluran alternatif seperti kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ serta kios JPJ (persendirian) termasuk pembaharuan lesen kenderaan motor, lesen memandu, pembayaran saman dan pertukaran hak milik kenderaan.“Bagi tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Okt, tempahan itu masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa,” tambahnya.Langkah itu diambil ketika Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan mengesahkan Zetrix AI, yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Bhd, berhutang lebih RM200 juta kepada JPJ, membabitkan wang kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.Menurut laporan, Zetrix didakwa gagal menyerahkan wang berkenaan sejak kontrak tiga tahunnya dengan JPJ bermula pada Mei 2023. Syarikat itu dijenamakan semula daripada MyEG kepada Zetrix AI pada Julai 2025. Zetrix AI yang sebelum ini dikenali MyEG Services Bhd dilaporkan gagal memindahkan dana itu selepas kontrak tiga tahunnya dengan JPJ bermula pada Mei 2023.
(Gambar fail)PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dilapor mengesahkan syarikat perkhidmatan kewangan, Zetrix AI berhutang lebih RM200 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Zetrix AI, yang sebelum ini dikenali MyEG Services Bhd, didakwa gagal menyerahkan wang dikutip bagi pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.The Edge memetik jurucakap Kementerian Pengangkutan mengesahkan jumlah itu.Ini menyusul laporan akhbar Singapura, Straits Times, yang mendakwa Zetrix gagal memindahkan dana itu selepas kontrak tiga tahunnya dengan JPJ bermula Mei 2023.Akhbar itu memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata, jumlah tertunggak itu "jauh melebihi RM200 juta" setakat akhir September dan Kementerian Pengangkutan dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah seterusnya.MyEG ditubuhkan pada 2000 dan dilantik pada tahun sama untuk menyediakan perkhidmatan kerajaan dalam talian, termasuk pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan melalui kerjasama dengan JPJ.Syarikat itu dijenamakan semula sebagai Zetrix pada Julai 2025 bagi mencerminkan peralihannya daripada penyedia perkhidmatan e-kerajaan kepada kumpulan infrastruktur teknologi global.Laporan tahunan terkini syarikat itu menunjukkan hutang lain berjumlah RM95.5 juta, terdiri daripada hutang perdagangan, deposit diterima dan akruan.Liabiliti semasa syarikat itu berjumlah RM577.4 juta, manakala liabiliti bukan semasa mencecah RM1.25 bilion, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada pinjaman dan pembiayaan.Februari lalu, International Finance Corporation, cabang sektor swasta di bawah Kumpulan Bank Dunia, mengambil pegangan bernilai RM156 juta dalam Zetrix bagi menyokong pembangunan teknologinya.Tetapi, juruaudit luar membangkitkan peningkatan kos pembangunan syarikat sebagai isu utama. Menurut Straits Times, kos berkenaan melebihi RM3.7 bilion berbanding kurang RM200 juta pada 2020.
Summary from source