HomeWorld

Resign from ministerial post if Najib is pardoned, says KL DAP leader

World 1 source 1 country 1m ago

Terdapat lima menteri dan tujuh timbalan menteri daripada DAP dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Kuala Lumpur menggesa anggota parti itu dalam Jemaah Menteri meletakkan jawatan sekiranya bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara kerana sabitan rasuah, diberikan pengampunan.Ben Fong berkata adalah 'tak dapat diterima' bagi DAP untuk kekal dalam kerajaan sekiranya Najib dibebaskan.“Ini ialah garis merah yang tidak boleh kita langgar,” kata Fong, bendahari DAP Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan.Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) dijangka bermesyuarat esok untuk mempertimbangkan, antara lain, permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan terhadap sabitan kesalahan berkaitan dengan skandal 1MDB.Najib, 72, disabitkan kesalahan enam tahun lalu kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International. Beliau didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya di Penjara Kajang sejak Ogos 2022.LPWP kemudiannya mengurangkan separuh tempoh hukuman penjara beliau kepada enam tahun dan mengurangkan denda kepada RM50 juta.Pada Disember 2025, Najib disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion. Beliau sedang merayu terhadap sabitan tersebut.Fong berkata tindakan meninggalkan Kabinet tidak semestinya bermakna menjatuhkan kerajaan.Beliau berkata DAP boleh terus menyokong kerajaan dari luar Kabinet bagi mengekalkan kestabilan politik dan memperjuangkan reformasi institusi.“Tetapi kestabilan tidak boleh menjadi alasan untuk menerima segala-galanya. Pemimpin politik mesti mengakui bahawa terdapat beberapa batas yang tidak boleh dilanggar,” katanya.Terdapat lima menteri dan tujuh timbalan menteri daripada DAP dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, pendirian PH tidak cermin kerangka undang-undang serta peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh.PETALING JAYA: MCA mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai sikap dwistandard Pakatan Harapan (PH), susulan kenyataan gabungan itu baru-baru ini bahawa mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, wajar menjalani hukuman penjara sepenuhnya.Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, tiada sebarang bantahan disuarakan oleh PH apabila bekas menteri Sabah Peter Anthony dibebaskan secara parol pada Mac lepas, selepas hanya setahun menjalani hukuman penjara tiga tahun."Prinsip yang sama mesti digunakan secara konsisten," katanya dalam kenyataan.Pada 2022, Peter disabitkan bersalah atas tuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) 11 tahun lalu, berhubung kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan.Beliau diperintahkan mula menjalani hukuman penjara tahun lepas selepas rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan ditolak.Gesaan PH agar pesalah rasuah atau salah guna kuasa menghabiskan tempoh pemenjaraan mereka timbul susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijangka bermesyuarat pada 11 Sept ini, antara lain bagi mempertimbangkan permohonan pengampunan bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan, Najib Razak, berhubung sabitannya dalam skandal 1MDB.Najib, 72, disabitkan bersalah enam tahun lalu atas penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Dia didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, yang sedang dijalaninya di Penjara Kajang sejak Ogos 2022.Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kemudiannya memendekkan tempoh pemenjaraan Najib kepada enam tahun serta mengurangkan jumlah denda kepada RM50 juta.Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana lebih RM2 bilion berkaitan 1MDB. Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion, dan kini sedang merayu sabitan berkenaan.Wee berkata, pendirian PH itu tidak mencerminkan kerangka undang-undang serta peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh.Beliau berkata, sistem keadilan di Malaysia memperuntukkan mekanisme pelepasan secara parol dan remisi, manakala kuasa memberi pengampunan pula hak prerogatif Yang di-Pertuan…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →