Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan kerajaan bersedia mengeluarkan laporan itu bagi membolehkan orang ramai mengetahui dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penjualan aset strategik Tabung Haji.TAMPIN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri dijangka membuat keputusan mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji pada mesyuarat Rabu ini sebelum memutuskan sama ada ia akan didedahkan kepada umum.Beliau berkata sebarang tindakan susulan berhubung laporan itu perlu dibuat mengikut proses undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.“Sekarang ada perbahasan sedikit tentang Tabung Haji. Mudah-mudahan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita akan putuskan. Biar orang baca.“Siapa yang tidak salah, pertahankan diri.
Kalau dihukum, masuk penjara, masuk penjara. Itu bukan urusan saya,” katanya semasa berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin.Pada 23 Julai lalu, beliau menyatakan kerajaan bersedia mengeluarkan laporan berkenaan tidak lama lagi bagi membolehkan orang ramai mengetahui dapatan RCI mengenai penjualan aset strategik Tabung Haji.Anwar berkata sistem negara meletakkan tanggungjawab yang jelas kepada setiap institusi dan beliau tidak boleh mencampuri urusan siasatan, pendakwaan atau keputusan mahkamah.“Sistem kita meletakkan, siasat itu badan siasat. Buat pertuduhan, itu peguam negara.“Hukum dijatuhkan oleh para hakim.
Tetapi seorang perdana menteri yang diamanahkan harus jujur menyatakan proses itu mesti bebas mengikut Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.Beliau turut menegaskan soal amanah tidak boleh dipandang ringan kerana pengkhianatan terhadap amanah akhirnya akan memberi kesan kepada negara.“Saya singgung hal ini kerana negara, bagi saya, tidak mungkin dapat mempertahankan keamanan jika mereka yang diamanahkan mengkhianati amanah itu,” katanya.
Summary from source