HomeWorld

Government strengthens security to curb 'deepfake' threat, AI fraud

World 1 source 1 country 31m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Digital Gobind Singh Deo pada majlis pelancaran AI Malaysia di Cyberjaya, hari ini. (Gambar Bernama) CYBERJAYA: Kerajaan akan memperkukuh langkah keselamatan bagi membendung penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), termasuk penghasilan kandungan ‘deepfake’, penyebaran maklumat palsu dan penipuan dalam talian. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata usaha memperluaskan penggunaan AI dalam kalangan rakyat dan industri perlu dilaksanakan seiring dengan langkah meningkatkan keselamatan serta keyakinan pengguna.

Katanya, kesedaran masyarakat mengenai risiko penyalahgunaan teknologi itu juga perlu dipertingkatkan supaya AI dapat digunakan secara bertanggungjawab. “Walaupun kita mahu membina ekosistem AI yang mampu memperkasakan rakyat Malaysia, kita juga menyedari ancaman yang wujud. “Amat penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenis ancaman yang ada dan memastikan kita membina ekosistem yang selamat,” katanya selepas Majlis Peluncuran AI Malaysia oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Gobind berkata antara langkah diambil kerajaan adalah memperkukuh keselamatan siber menerusi pelaksanaan Akta Keselamatan Siber serta memperkemas penguatkuasaan undang-undang berkaitan teknologi digital. Kerajaan juga, katanya, memperkasa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mengurangkan risiko data disalahgunakan untuk kegiatan jenayah. “Kita perlu memastikan data peribadi tidak jatuh ke tangan pihak yang salah kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti penipuan dalam talian,” katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →