HomeWorld

Address Malay-Muslim unrest by building confidence, don't hand it over to opponents, says Kamil

World 1 source 1 country 17m ago

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim kata keresahan orang Melayu dan Islam perlu didengar dan dijawab dengan politik matang.AYER KEROH: PKR digesa menangani keresahan orang Melayu serta Islam dengan membina keyakinan, bukannya membiarkan ruang itu diisi pihak lawan dengan naratif berasaskan ketakutan.Ketua Pemuda Kamil Munim berkata kekalahan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan perlu diterima dengan hati terbuka, kerana keputusan itu menunjukkan sebahagian rakyat masih belum yakin politik yang dibawa benar-benar memahami kebimbangan mereka.“Kita tidak wajar menyalahkan rakyat kerana membuat pilihan yang tidak memihak kepada kita," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua Pemuda PKR, sempena kongres nasional PKR tahun ini, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)."Tugas kita bukan mempertikaikan kebijaksanaan mereka, tetapi memahami sebab di sebalik pilihan tersebut dan mencari jalan untuk meraih kembali kepercayaan mereka."Kamil berkata politik berasaskan prestasi sahaja belum tentu mencukupi untuk mengatasi politik identiti dan ketakutan, terutama apabila lawan politik berjaya membina naratif Melayu dan Islam sedang terancam.Katanya, naratif sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar negara, namun menyentuh emosi individu yang resah tentang kedudukan orang Melayu dan Islam."Kita perlu memahami perkara ini sebelum kita mampu mengatasinya. Jangan kita menghina orang Melayu yang bimbang tentang kedudukan mereka dan jangan memperlekehkan orang Islam yang mahu melihat agama mereka dihormati," katanya.Kamil berkata keresahan mengenai bangsa dan agama perlu didengar dan dijawab dengan politik matang."Jika kita meninggalkan ruang itu kosong, akan ada pihak yang mengisinya dengan ketakutan. Jika kita tidak memberikan keyakinan, akan ada pihak yang menjual kebimbangan," katanya.Beliau berkata PKR perlu membuktikan identiti Melayu dan Islam boleh dipertahankan menerusi dasar yang adil dan berkesan, tanpa menutup peluang kepada kaum lain."Keyakinan Melayu tidak akan hilang hanya kerana negara ini berlaku adil kepada semua, bahawa Islam tidak menjadi lemah hanya kerana masyarakat menghormati kepelbagaian," katanya.Kamil berkata mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera tidak bermakna peluang kaum lain perlu dinafikan, sebaliknya negara yang adil kepada semua mampu memperkukuh kedudukan Melayu dan Bumiputera."Ini perbezaan antara politik ketakutan dengan politik key…

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim kata setia kawan PKR tidak harus diambil kesempatan.AYER KEROH: Keutuhan kerajaan perpaduan ketika ini sedang diuji oleh pihak yang bersikap ‘talam dua muka’, kata Ketua Pemuda PKR Kamil Munim.Beliau berkata terdapat pihak yang tanpa segan silu menjalinkan hubungan politik dengan pihak lain ketika pimpinan kerajaan sedang berusaha membina semula keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara."Setia kawan PKR tidak harus diambil kesempatan. Keutuhan kerajaan perpaduan hari ini sedang diuji oleh mereka yang bersifat talam dua muka."Ada pihak yang berselingkuh tanpa segan silu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua Pemuda PKR, sempena kongres nasional PKR tahun ini, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).Beliau berkata sikap gelojoh pihak tertentu yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat dan negara tidak wajar dipandang ringan."Di kala pimpinan sedang membina semula keyakinan rakyat terhadap dunia kepada pentadbiran kita, politik curang sebegini membantutkan agenda reformasi dan usaha untuk memperkukuhkan kerajaan," katanya.Kamil berkata parti dan pemimpin dalam kerajaan sepatutnya mengutamakan kestabilan pentadbiran serta kepentingan rakyat berbanding percaturan politik masing-masing.Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan, masih berjiwa besar dan mengukir senyuman walaupun "ditikam dari belakang"."Itu dilakukan demi menjaga maruah rakyat dan kestabilan negara," katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →