Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sekiranya tujuan utama politik untuk jadi Adun, Ahli Parlimen atau menteri, beliau dan seorang lagi pemimpin Bersama, Rafizi Ramli sudah pun mencapai kedudukan itu.PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerjasama politik dengan parti lain terutama yang berpengaruh 'hampir sentiasa memerlukan kompromi'.Kenyataan itu dibuat susulan cadangan supaya Bersama bekerjasama dengan parti-parti yang lebih berpengaruh bagi meningkatkan peluang memenangi kerusi dalam pilihan raya.Menerusi hantaran di Threads, Nik Nazmi berkata kompromi tersebut bukan sahaja melibatkan soal politik, malah turut menyentuh aspek dasar, yang akhirnya boleh menjejaskan prinsip sesebuah parti."Inilah antara sebab mengapa begitu ramai rakyat Malaysia menjadi sinis terhadap politik sejak awal lagi."Bekas naib presiden PKR itu mengulas pandangan penganalisis politik dan kolumnis FMT, Tajuddin Rasdi, yang semalam menyatakan bahawa kemenangan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos wajar dijadikan pengajaran oleh Bersama.Menurut Tajuddin, parti-parti baharu perlu bergabung dengan parti yang lebih kukuh dan berpengaruh.Dalam PRN itu Wawasan memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandinginya di bawah logo Perikatan Nasional (PN).Nik Nazmi kemudian mempersoalkan parti manakah yang dimaksudkan Tajuddin untuk dijadikan rakan kerjasama oleh Bersama."Adakah dengan Bersatu?, yang memperoleh lebih sedikit undi di Negeri Sembilan berbanding Bersama di Johor. Atau gabungan baharu BN-PN?, yang kini kelihatan seperti perkahwinan atas dasar kepentingan dan mungkin akan runtuh akibat percanggahan dalaman sendiri."Beliau turut berkata Pakatan Harapan (PH) menjadi 'terlalu lambat' melaksanakan banyak pembaharuan institusi dan ekonomi yang pernah dijanjikan.Menurut Nik Nazmi, jika tujuan utama berpolitik hanyalah untuk menjadi Adun, Ahli Parlimen atau menteri Kabinet, beliau dan seorang lagi pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, sudah pun mencapai kedudukan tersebut.Katanya, beliau dan Rafizi tidak menubuhkan Bersama kerana mahukan satu lagi jawatan tetapi kerana mahu memperjuangkan pembaharuan dan menawarkan satu alternatif."Akhirnya, rakan paling berpengaruh yang patut dicari oleh mana-mana parti politik bukanlah parti politik lain, tetapi rakyat Malaysia itu sendiri," katanya. Muda dan PSM sebelum ini membentuk gabungan progresif untuk berdepan PRN Johor.PETALING JAYA: Dua pemimpin dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda berkata gabungan longgar dengan Pakatan Harapan (PH) boleh direalisasikan jika ia dibuat berasaskan prinsip dan pembaharuan yang jelas.Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan mengakui kegagalan hubungan PSM dan Muda dengan PH sebelum ini mungkin menyebabkan ahlinya kurang bersetuju dengan kerjasama itu, selaras dengan ketetapan kongres parti terdahulu.Namun, beliau tidak menolak kemungkinan pendirian itu dinilai semula berdasarkan perkembangan dan penjajaran politik baharu.Menurutnya, PSM lebih mengutamakan pembentukan sebuah blok progresif untuk jangka panjang supaya rakyat tidak terus terperangkap dengan gabungan politik yang hanya diwujudkan ketika pilihan raya.“Bagi PSM, kami lebih merasakan perlunya satu blok progresif untuk jangka masa panjang supaya rakyat tidak tertipu dan naratif progresif yang bukan perkauman benar-benar dihayati, bukan semasa PRU atau PRN sahaja,” ujarnya.Beliau mengulas cadangan penganalisis politik Tajuddin Rasdi supaya PH membentuk membentuk gabungan longgar dengan semua parti berfikiran progresif seperti Muda, Parti Bersama Malaysia (Bersama), PSM dan parti tidak menjadikan kaum atau agama sebagai asas utama ideologinya.Tajuddin berpandangan langkah itu akan menunjukkan kepada rakyat bahawa PH benar-benar mahu membawa politik progresif dan negara ke hadapan.Tulisan beliau itu menyusul kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai 25 daripada 36 DUN pada PRN Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Bagaimanapun, PH dan BN bekerjasama dalam kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.Arutchelvan mengakui kerjasama berkenaan berpotensi menarik lebih banyak sokongan pengundi, tetapi PSM perlu mempertimbangkan kompromi yang mungkin terpaksa dibuat apabila bergabung dengan parti lain.“Parti perlu membuat pertimbangan yang wajar dan munasabah supaya matlamat penyatuan tidak memparahkan perjuangan serta aspirasi parti,” tambahnya.Sementara itu, Setiausaha Agung Muda Ainie Haziqah Shafii menggesa parti progresif mengetepikan perbezaan dan duduk semeja bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU16.Beliau menegaskan Muda bersedia mengadakan rundingan dengan mana-mana parti termasuk PH yang berkongsi idea dan dasar progresif.“Muda bersedia untuk mengadakan rundin…
Summary from source