HomeWorld

Kerusi ratusan Boeing 737 MAX salah pasang, kata FAA

World 1 source 1 country 49m ago

Arahan FAA terpakai kepada 435 pesawat berdaftar di AS, tetapi kesannya ke atas pengendali antarabangsa tidak jelas. (Gambar EPA Images)SEATTLE: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Isnin mendedahkan kerusi dalam ratusan pesawat Boeing MAX yang didaftarkan di negara itu dipasang secara salah dan perlu dibetulkan.Jika tidak, penumpang berisiko cedera ketika pendaratan cemas.Arahan kelayakan udara yang dicadangkan FAA pada Isnin terpakai kepada 453 pesawat didaftarkan di AS. Ia tidak menyatakan sama ada pengendali antarabangsa turut terjejas, walaupun lazimnya mereka mengikuti arahan FAA.Agensi itu dalam cadangan arahan kelayakan udara berkata, ia menerima "laporan kerusi penumpang tertentu tidak dipasang dengan betul pada rel kerusi".Katanya, terdapat sehingga 69 pemasangan kerusi penumpang berlandasan rel dalam setiap pesawat 737 MAX dan setiap pemasangan dianggarkan memerlukan sejam.Bagaimanapun, ia tidak menyatakan tempoh yang diberikan kepada syarikat penerbangan untuk menyelesaikan masalah itu.Boeing tidak memberi maklum balas segera untuk komen.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →