HomeWorld

KJ jelaskan mengapa Zahid mungkin terus sokong Anwar walau BN-PN menang

World 1 source 1 country 11m ago

Khairy Jamaluddin berkata landskap politik semasa tidak memihak kepada PH terutama apabila Sarawak dan Melaka dijangka mengadakan pilihan raya selepas ini.PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi mungkin pilih terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim walaupun gabungan itu dan Perikatan Nasional mencatat kemenangan besar pada PRN Negeri Sembilan, kata bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.Khairy berkata, kemenangan BN-PN dijangka meningkatkan tekanan daripada pemimpin Umno dan PN supaya Zahid menarik balik sokongan terhadap kerajaan perpaduan, selain berusaha mendapatkan sokongan parti di Sabah dan Sarawak bagi menjatuhkan kerajaan.Bagaimanapun, beliau berpendapat Zahid tidak akan tergesa-gesa berbuat demikian kerana ketika ini presiden Umno itu berada dalam kedudukan politik lebih menguntungkan dan boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk menggambarkan BN sebagai parti yang pragmatik dan profesional.“Tetapi saya fikir Zahid tidak akan tergesa-gesa mengambil kesempatan daripada situasi ini. Mengapa perlu terburu-buru sedangkan beliau kini mempunyai Anwar, tepat di kedudukan yang diinginkannya.“Beliau (Zahid) boleh mengambil pendekatan untuk berkata kepada rakyat bahawa BN tidak akan menarik sokongan kerana menghormati keadaan dunia yang masih bergolak, termasuk krisis di Selat Hormuz, konflik di Timur Tengah atau Asia Barat, serta perkembangan melibatkan Amerika Syarikat dan Iran.“Pada masa sama, beliau boleh menampilkan BN sebagai gabungan yang pragmatik dan profesional. BN boleh bertanding menentang Pakatan Harapan di peringkat negeri, tetapi pada masa sama beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri dan memainkan peranan sebagai parti yang bertanggungjawab dalam kerajaan Madani,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap.Terdahulu, hos bersama Shahril Hamdan berkata BN-PN dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos berdasarkan kekuatan gabungan mereka.Beliau mempersoalkan sama ada kerjasama itu boleh menjadi pencetus kepada PRU lebih awal, selain mengapa Anwar kelihatan tenang walaupun pemimpin BN secara terbuka menyerang PH.Bagaimanapun, Khairy berkata landskap politik semasa tidak memihak kepada PH, terutama apabila Sarawak dan Melaka dijangka mengadakan pilihan raya selepas ini.“Kerajaan ini sukar untuk bertahan, terutama dengan jangkaan bah…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →