Home › Middle East

NS crisis: Don't let it paralyze the administration, make things difficult for the people, says PKR

Middle East 1 source 1 country 50m ago

Sufian Maradzi berkata kerajaan Negeri Sembilan ketika ini perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut secara tertib. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Umno mempersoalkan kritikan PKR Negeri Sembilan berhubung kemelut institusi dan pentadbiran negeri, yang menurutnya dibuat tanpa melihat rentetan peristiwa membawa kepada keadaan sekarang.Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan, Sufian Maradzi, berkata kemelut itu tidak wajar dilihat secara terpisah daripada perkembangan ketika pentadbiran terdahulu pimpinan Aminuddin Harun.Beliau yang juga Adun Seri Menanti berkata, pertikaian ketika itu menjadi antara asas hilangnya keyakinan Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap kepimpinan Aminuddin.“Pendirian itu bukan penolakan terhadap konsep kerajaan perpaduan, tetapi terhadap cara krisis institusi dan pentadbiran negeri dikendalikan di bawah kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan.Dakwanya, kegagalan mencapai penyelesaian politik akhirnya menyaksikan Aminuddin memilih membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat.Beliau mengulas kenyataan PKR Negeri Sembilan yang menggesa kemelut institusi dan pentadbiran negeri diselesaikan segera bagi mengelakkan urusan rakyat serta kegiatan ekonomi terjejas.Parti itu mendakwa, ketidaktentuan berpanjangan bukan sahaja membabitkan persoalan Perlembagaan dan institusi diraja, malah berpotensi menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri.Sufian berkata, kerajaan negeri ketika ini perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut berkenaan secara tertib, berperlembagaan dan menghormati proses yang sedang berjalan.Menurutnya, perkara membabitkan institusi diraja, adat dan struktur pemerintahan Negeri Sembilan tidak seharusnya dijadikan medan untuk mencetuskan tekanan politik.Kemelut pentadbiran negeri itu memuncak selepas Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa 20 Sept.Sebelum itu, semua exco terbabit mendakwa proklami untuk menurunkan Tuanku Muhriz dari takhta dibuat April lalu adalah sah. PKR berkata ketidaktentuan berpanjangan bukan sahaja membabitkan persoalan Perlembagaan dan institusi diraja, malah boleh menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri.

PETALING JAYA: Kemelut institusi dan pentadbiran di Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan bagi mengelakkan urusan rakyat serta kegiatan ekonomi negeri terjejas, kata PKR Negeri Sembilan.Dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan malam tadi, parti itu berkata ketidaktentuan berpanjangan bukan sahaja membabitkan persoalan Perlembagaan dan institusi diraja, malah boleh menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri.Katanya, urusan berkaitan pelaburan, pembangunan, kelulusan dan pindah milik tanah serta pelaksanaan projek berpotensi terjejas.“Keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, selain memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat,” katanya.PKR Negeri Sembilan berkata ketidaktentuan berkaitan kedudukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga berpotensi melambatkan urusan penting pentadbiran.Parti itu turut mempersoalkan status pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta ahli majlis yang didakwa masih tergantung.“JPKK dan ahli majlis merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.“Sekiranya pelantikan dan fungsi institusi ini terus tergantung, penduduk kampung dan komuniti setempat berisiko kehilangan saluran perwakilan serta penyelarasan yang berkesan,” katanya.Menurut PKR Negeri Sembilan, keadaan semasa juga boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan negeri tidak berfungsi dengan berkesan akibat pertikaian yang berpanjangan.Katanya, walaupun penjawat awam masih bertanggungjawab meneruskan tugas, ketidaktentuan dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penjawat awam, pelabur, pihak berkuasa tempatan dan rakyat.Sementara itu, PKR Negeri Sembilan menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan dan pendirian Menteri Besar Ismail Lasim yang didakwanya tidak selari dengan titah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Kemelut pentadbiran negeri itu memuncak selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa 20 September.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →