Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata partinya boleh memainkan peranan penting dalam melembutkan imej PAS di mata bukan Melayu.PETALING JAYA: PAS wajar memperuntukkan satu pertiga kerusi di empat negeri ditadbirnya kepada Umno, jika dua parti itu mahu meneruskan kerjasama dalam pilihan raya akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed.Beliau berkata, PAS tidak perlu bertanding semua kerusi di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis kerana penguasaan dua pertiga kerusi sudah memadai. Katanya, majoriti dua pertiga yang dicapai BN di Johor pada 2022 berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.Beliau membandingkan keadaan itu dengan Terengganu yang disifatkannya kaya dengan sumber minyak, tetapi "tidak ada orang kata pelabur asing berduyun-duyun datang ke negeri itu"."Jadi, PAS perlu buat pertimbangan ini. Mereka tidak perlu 100% (bertanding semua kerusi), hanya perlu dua pertiga.
Kalau mereka hendak kuat pun, jadi apa salahnya kalau satu pertiga kerusi itu diserahkan kepada rakan-rakan Umno di negeri-negeri tersebut."Baru nampak ada keyakinan dan juga kepercayaan kepada keikhlasan PAS sendiri dalam penyatuan Melayu ini," katanya menurut Utusan Malaysia.PAS memenangi semua 27 kerusi yang ditandinginya di Terengganu, 37 daripada 45 kerusi di Kelantan, 21 daripada 36 kerusi di Kedah dan sembilan kerusi di Perlis.Umno dan PAS secara beransur-ansur memulihkan kerjasama politik mereka, bermula dengan persefahaman tidak rasmi untuk mengelakkan pertembungan kerusi di Johor, sebelum berkembang menjadi pakatan pilihan raya tidak rasmi di Negeri Sembilan.Kedua-dua parti itu sedang membincangkan kemungkinan kerjasama pada PRN Melaka pada bulan depan. Pemimpin dua parti itu turut menghadiri perhimpunan agung masing-masing.Menyentuh kebimbangan kerjasama dengan PAS mungkin menjauhkan pengundi Cina, Nur Jazlan berkata, Umno boleh memainkan peranan penting dalam melembutkan imej PAS di mata bukan Melayu."Masalah utama pengundi bukan Melayu dengan PAS ini adalah mereka tidak yakin bahawa mereka akan diberikan kebebasan untuk menjalani kehidupannya."Saya rasa orang PAS ini boleh jadi fleksibel juga. Tapi fleksibel mereka adalah dipengaruhi oleh kerjasama dengan Umno.
Jadi, Umno main peranan besar dalam melembutkan imej PAS pada masa akan datang."Ketua Umno Pulai itu berkata, kajian sendirinya menunjukkan sokongan masyarakat Cina t… Penganalisis percaya krisis adat di Negeri Sembilan tidak beri kesan kepada PAS, yang komited menjalin kerjasama dengan Umno.PETALING JAYA: Krisis adat di Negeri Sembilan tidak memberi kesan ke atas minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno, walaupun isu itu berpotensi mengundang tekanan hebat kepada kedua-dua parti, menurut penganalisis.Mazlan Ali.Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, perkembangan di Melaka menunjukkan komitmen PAS untuk bekerjasama dengan Umno, malah sedia menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), sekaligus memberi gambaran bahawa situasi di Negeri Sembilan tiada kesan ke atas PAS."Isu di Negeri Sembilan tidak sangat memberi kesan kepada PAS. Mereka masih melihat kerjasama dengan Umno penting dan tidak cuba menjauhkan diri," katanya kepada FMT.Mazlan menambah tidak semua rakyat menyalahkan BN atau Perikatan Nasional (PN) atas krisis di Negeri Sembilan, mengatakan terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pengundi di bandar dan luar bandar, termasuk pengundi atas pagar.Awang Azman Awang Pawi.Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata, perbezaan pandangan berhubung krisis adat di Negeri Sembilan tidak semestinya bermakna kerjasama antara BN-PN akan retak."Umno mempunyai ruang untuk menjelaskan kedudukan dan tanggungjawabnya secara terbuka tanpa menafikan pandangan berbeza daripada rakan," katanya.Semalam, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan PAS dan BN sudah mencapai suatu persetujuan asas dalam rundingan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka yang dijadualkan pada 14 Nov, namun pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dibincangkan.Seorang Adun PAS, iaitu Fairuz Isa (Serting), ialah salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan dalam pentadbiran Ismail Lasim.Pelantikan beliau serta ahli-ahli exco lain dibatalkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 21 Sept lalu, selepas mendapati mereka telah memungkiri sumpah jawatan.
Summary from source