HomeWorld

Conduct online classes when API reaches 100, expert advises

World 1 source 1 country 37m ago

Di bawah garis panduan Kementerian Pendidikan ketika ini, sekolah mesti menghentikan aktiviti luar apabila bacaan IPU melebihi 100 dan ditutup apabila bacaan meningkat melebihi 200. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Daripada mewajibkan kanak-kanak memakai pelitup muka pembedahan, pihak berkuasa sepatutnya menutup sekolah dan melaksanakan kelas dalam talian apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, kata pakar kesihatan.Dr Sharifa Ezat Wan Puteh dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata murid perlu menunggu sehingga kualiti udara kembali ke tahap sihat sebelum kembali ke sekolah.Katanya, kanak-kanak juga tidak sepatutnya dibenarkan menyertai aktiviti luar seperti permainan, maraton dan perbarisan apabila bacaan IPU meningkat, walaupun bacaan masih di bawah 100.Dr Sharifa Ezat Wan Puteh."Kanak-kanak menghadapi beban tambahan kerana paru-paru mereka mungkin belum matang atau mencapai kapasiti penuh seperti orang dewasa, dan mereka berdepan risiko lebih tinggi terhadap kesan jerebu," katanya kepada FMT.Keadaan jerebu terus menjejaskan beberapa kawasan di negara ini, didorong kebakaran hutan dan tanah yang teruk di Kalimantan, Indonesia, susulan keadaan kering luar biasa yang dikaitkan dengan El Niño.Beberapa kawasan di Malaysia merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan Sarawak paling terjejas dan mengalami kualiti udara berbahaya.Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; manakala melebihi 300, berbahaya.Kementerian Pendidikan ketika ini menetapkan sekolah perlu menghentikan aktiviti luar apabila bacaan IPU melebihi 100, tetapi sekolah hanya ditutup apabila bacaan meningkat melebihi 200.Pakar pediatrik G Naveen Nair berkata memindahkan kanak-kanak ke dalam bangunan merupakan langkah pertama ketika tempoh jerebu teruk, tetapi kualiti udara di dalam bilik darjah juga perlu diberi perhatian.G Naveen Nair.Tingkap tidak sepatutnya dibiarkan terbuka tanpa keperluan, namun bilik darjah juga tidak seharusnya ditutup sepenuhnya kerana pengudaraan masih diperlukan, katanya.Penggunaan penapis udara boleh membantu jika tersedia, katanya, sambil menegaskan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya menganggap pemakaian pelitup muka menjadikan aktiviti luar yang berat selamat.Sharifa berkata kanak-kanak mungkin tidak memakai pelitup muka pembedahan dengan betul … Serian mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara 390 setakat 7 pagi tadi.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kualiti udara di Serian, Sarawak bertambah baik sedikit dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 390 direkodkan setakat 7 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat, iaitu Kuching (277), Samarahan (271) dan Sri Aman (261).Sembilan kawasan lain di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bintulu (189), Samalaju (188), Mukah (183), Institut Latihan Perindustrian Miri (181), Sarikei (179), Miri dan Sibu (174), Limbang (155) dan Kapit (122).Lapan kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (156), Batu Pahat (155), Kluang dan Pasir Gudang (154), Segamat, Kota Tinggi serta Tangkak (152) dan Pengerang (108).Kawasan lain yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Labuan (160), Politeknik Kota Kinabalu di Sabah (154), Johan Setia di Selangor (152), Bukit Rambai di Melaka (151), Kimanis di Sabah (134), Rompin (128) dan Balok Baru Kuantan di Pahang (113) serta Kota Kinabalu (108).Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di Serian, Sarawak selepas bacaan IPU di kawasan itu melebihi 500.Susulan itu, Jabatan Pendidikan Sarawak mengumumkan 647 sekolah rendah serta menengah di negeri itu ditutup mulai 7 hingga 11 Sept ini, dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima hari itu.Sekolah itu berada di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →