HomeWorld

Serian 495 air quality nears 'emergency' status

World 1 source 1 country 46m ago

Bacaan indeks pencemaran udara di Serian mencecah 518 setakat 10.45 pagi tadi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Serian, Sarawak melepasi 500, tahap yang boleh diisytiharkan darurat.Bacaan IPU yang direkodkan setakat 10.45 pagi ini mencecah 518, setakat 10.45 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tahap bahaya direkodkan untuk Kuching (310), manaala tahap sangat tidak sihat di Samarahan (281) dan Sri Aman (245).Ahad lalu, Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, darurat jerebu boleh diisytiharkan di daerah yang merekodkan bacaan IPU mencecah 500, dengan pejabat sektor awam serta swasta akan ditutup, kecuali perkhidmatan penting.Darurat jerebu pernah diisytiharkan di Kuching pada September 1997 apabila bacaan IPU mencecah 650. Serian mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara 495 setakat 7 pagi tadi.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kualiti udara di Serian, Sarawak menghampiri status darurat dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) direkodkan setakat 7 pagi ini mencecah 495.Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat, iaitu Kuching (289), Samarahan (265) dan Sri Aman (250).Pada masa sama, enam kawasan lain di Sarawak dan dua lokasi di Sabah merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Sarikei (181), Sibu (174), Mukah (169), Bintulu (159), Samalaju (153), Institut Latihan Perindustrian Miri (149), Sandakan (153) dan Politeknik Kota Kinabalu (125).Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.Ahad lalu, Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, negeri itu bersedia mengisytiharkan darurat jika pencemaran udara akibat jerebu mencapai tahap kritikal susulan pembatalan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri."Jika IPU melebihi 500, garis panduan sedia ada memperuntukkan pejabat sektor awam serta swasta ditutup, kecuali perkhidmatan penting, sementara menunggu pengisytiharan darurat bencana oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan," katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menurut The Borneo Post.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →