HomeWorld

Langkah isi kekurangan jururawat belum cukup, kata senator

World 1 source 1 country 55m ago

Senator RA Lingeshwaran, berkata 15,587 kekosongan jawatan jururawat dan 2,901 jawatan penolong pegawai perubatan belum diisi setakat Mac.PETALING JAYA: Kadar pengambilan semasa Kementerian Kesihatan (KKM) masih tidak mencukupi mengatasi isu kritikal kekurangan kakitangan apabila lebih 18,000 kekosongan belum diisi, menurut seorang senator.RA Lingeshwaran.berkata, terdapat 15,587 kekosongan jawatan jururawat dan 2,901 jawatan penolong pegawai perubatan belum diisi setakat Mac.Mengulas maklum balas Kementerian Kesihatan di Dewan Negara minggu lalu, Lingeshwaran berkata KKM sedang memproses 479 graduan jururawat bagi pelantikan tetap pada September, namun jumlah itu hanya mewakili sekitar 3% daripada keseluruhan kekosongan jawatan jururawat.“Kita tidak boleh mengatasi kekurangan 15,000 kakitangan dengan sekadar melantik 479 orang pada satu-satu masa. KKM telah meningkatkan kapasiti latihan diploma kejururawatan kepada 3,000 orang setahun, namun pelatih ini hanya akan menyertai tenaga kerja selepas tiga tahun,” katanya.“Mengambil kira kekosongan semasa dan persaraan, pengambilan 3,000 jururawat setiap tahun mungkin tidak cukup untuk merapatkan jurang defisit menjelang 2028 dan seterusnya,” kata Lingeshwaran, yang juga bekas pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang.“Sebagai seorang pengamal perubatan yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan hospital, skala krisis ini amat membimbangkan. Kerajaan tidak boleh bergantung kepada pendekatan beransur-ansur ketika sistem perkhidmatan kesihatan kita sedang terbeban,” katanya.Beliau memuji keputusan kementerian mengambil jururawat tetap Gred U5 dan inisiatif pengambilan melalui MySTEP bagi tugas wad bukan klinikal, termasuk program 'kembali berkhidmat' untuk menggaji semula jururawat bersara secara kontrak.Lingeshwaran turut mencadangkan penolong pegawai perubatan kontrak dan graduan sektor swasta berkelayakan diserap ke jawatan tetap serta-merta, membenarkan graduan ijazah sarjana muda kejururawatan mengisi jawatan Gred U5, serta memperkenalkan bonus pengekalan bagi mereka yang berkhidmat di lokasi kritikal.Senator itu turut menyeru KKM bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi melaksanakan 'protokol darurat tenaga kerja' bertujuan mengelak sistem kesihatan lumpuh.“Kementerian juga patut memanfaatkan teknologi robot kejururawatan dan kecerdasan buatan (AI) dalam penjaga…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →