Peletakan jawatan Lee Chean Chung sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya menyusul penggantungan keahliannya daripada PKR selama tiga tahun. PETALING JAYA: Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya susulan penggantungan keahlian daripada PKR selama tiga tahun. Pada sidang media, Lee memaklumkan pada 30 Sept bahawa keahlian PKR beliau digantung tiga tahun.
"Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai Ahli Parlimen, tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Justeru saya, Lee Chean Chung hari ini mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat," kata bekas pengarah komunikasi PKR itu. Ahli Parlimen penggal pertama itu, berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada PKR pada Isnin.
Beliau berkata, penggantungannya kemungkinan disebabkan kelantangan mengenai beberapa isu, seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB), pengambilan pekerja asing, kemasukan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke universiti, serta garis panduan Selangor mengenai rumah ibadat bukan Islam. Lee turut mendakwa, beliau tidak diberi peluang memberikan penjelasan sebelum digantung PKR. "Saya menerima surat penggantungan itu pada petang Rabu.
Ia amat mengejutkan saya kerana pihak media sudah mengetahuinya lebih awal daripada saya," katanya. Lee berkata, beliau telah bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul semalam dan menyerahkan surat peletakan jawatannya. Apabila ditanya sama ada beliau merancang menyertai Bersama, parti dipimpin bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Lee berkata, beliau belum membuat keputusan.
"Saya rasa saya tahu ke mana hala tuju saya, tetapi hari ini saya mahu memberi tumpuan kepada keputusan saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen," katanya. Lee berkata, pusat khidmat Petaling Jaya dikendalikannya akan terus beroperasi walaupun meletakkan jawatan, dan akan terus berkhidmat kepada komuniti sebagai seorang penduduk di kawasan Parlimen itu. Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU akan datang, Lee berkata, beliau berhasrat berbuat demikian dan mahu kekal di Petaling Jaya.
Lee menang Parlimen Petaling Jaya pada PRU 2022. Beliau kerap berbeza pandangan dengan pimpinan PKR sejak menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei, dan mempertahankan kehadirannya dalam majlis dianjurkan parti itu sambil menyatakan beliau sekadar me… Lee Chean Chung’s resignation as Petaling Jaya MP follows his three-year suspension from PKR.PETALING JAYA: Lee Chean Chung has announced his resignation as Petaling Jaya MP following his three-year suspension from PKR.At a press conference today, Lee said he was informed on Sept 30 that his PKR membership had been suspended for three years."Should I continue receiving a salary as an MP but merely sit silently?
Summary from source