HomeAsia-Pacific

Bangladeshi man accused of killing 3 fellow countrymen

Asia-Pacific 1 source 1 country 27m ago

Tertuduh, N Vishwesh, 23, didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, minggu lepas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tular kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, minggu lepas.Tertuduh, N Vishwesh, 23, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Maslinda Selamat, lapor Bernama.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 78, di Kilometer 38, Jalan Klang-Banting-Port Dickson, Kuala Langat pada 7.20 malam, 7 Ogos.Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun berserta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam T Mishant.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 1 Okt untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, tular rakaman video kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok di sini, menunjukkan seorang lelaki didakwa memandu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi lelaki terbaring dengan kesan darah pada bahagian kaki. Tertuduh Md Idris Ali dibawa anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban.

(Gambar Bernama)SEREMBAN: Seorang lelaki Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan membunuh tiga rakan senegaranya di Linggi, Port Dickson, awal bulan ini.Tiada pengakuan direkodkan daripada Md Idris Ali, 43, selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Idris didakwa membunuh seorang lelaki berusia 44 tahun di lorong belakang rumah di Taman Linggi serta dua lelaki masing-masing berusia 40-an dan 52 tahun di Ladang Sawit, Sua Manggis, Linggi antara 3.30 hingga 4.15 petang, 3 Ogos lalu.Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Idris turut didakwa di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar atas pertuduhan melakukan cubaan membunuh hingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lagi warga Bangladesh berusia 20 tahun di dalam rumah di Taman Linggi antara 4 hingga 4.15 petang pada tarikh sama.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Engku Rashdi berkata tiada jaminan ditawarkan terhadap lelaki yang sudah sembilan tahun berada di Malaysia itu manakala tertuduh pula mendakwa dia tidak memahami pertuduhan.Sebutan semula ditetapkan esok untuk semua pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →