Pada 18 Okt 2024, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytihar dan mewartakan GISBH menyeleweng daripada ajaran Islam, selain melarang orang Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran serta doktrinnya. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) membayar kos RM5,000 kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas kelewatan 27 hari memfailkan rekod rayuan berhubung fatwa Selangor mengisytihar dan mewartakan entiti itu menyeleweng daripada ajaran Islam.Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan GISBH dan AGC yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Selangor serta Majlis Agama Islam Selangor selaku responden.Peguam Zulfikri Ulul Azmi yang mewakili GISBH memohon lanjutan masa supaya rekod rayuan boleh difailkan kerana pihaknya tidak menyedari draf indeks tidak dikemukakan, tetapi kesilapan itu sudah diperbetulkan.Peguam Persekutuan, Muhammad Sallehuddin Md Ali yang mewakili responden membantah rayuan itu."Pihak kami mengekalkan pendirian seperti dalam hujahan dan mengenai kos, kami menyerahkan kepada mahkamah," katanya menurut Berita Harian.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Zaini yang bersidang bersama Ong Chee Kwan dan Radzi Harun membenarkan permohonan lanjutan masa serta memerintahkan GISBH membayar kos RM5,000 kepada AGC serta-merta.Rayuan itu berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Jan lalu menolak permohonan GISBH untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang diwartakan pada 16 Okt 2024.Dalam alasan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, S Narkunavathy memutuskan cabaran terhadap fatwa itu tidak boleh diteruskan melalui semakan kehakiman di mahkamah sivil kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.Beliau antara lain merujuk Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan bidang kuasa mahkamah sivil terhadap perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.Mahkamah Tinggi turut meneliti sifat fatwa itu, yang menurut alasan penghakiman ditujukan kepada pemimpin, pengikut, pekerja dan ahli GISBH beragama Islam.Tetapi, GISBH dalam memorandum rayuannya mempertikaikan keputusan itu dengan berhujah cabarannya bukan bertujuan meminta mahkamah sivil menentukan persoalan hukum syarak, sebaliknya meneliti kesahan fatwa serta proses pengeluarannya.Ia turut mem… Mahkamah Rayuan memutuskan kaedah menutup tapak pelupusan dengan tanah dipersetujui MPK, kini Majlis Bandaraya Diraja Klang dan NBC Land Sdn Bhd tidak boleh digantikan dengan kerja kejuruteraan jauh berbeza dan menelan kos hampir 40 kali ganda daripada anggaran asal.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengurangkan ganti rugi RM117 juta yang diperintahkan terhadap Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada RM3 juta dalam pertikaian berhubung kerja pemulihan bekas tapak pelupusan sampah milik pihak berkuasa tempatan itu.Panel tiga hakim diketuai Hakim Ismail Brahim bersama Hakim K Muniandy dan Dean Wayne Daly sebulat suara membenarkan rayuan MPK yang kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang, terhadap jumlah ganti rugi diberikan kepada pemaju hartanah NBC Land Sdn Bhd.Muniandy menyampaikan alasan penghakiman mahkamah.Mahkamah turut mengetepikan faedah sebelum penghakiman hampir RM50 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan memerintahkan NBC Land membayar kos RM60,000 bagi prosiding rayuan serta penilaian ganti rugi.Pertikaian itu berpunca daripada perjanjian bertarikh 2 Dis 2003 yang menetapkan kedua-dua pihak berkongsi sama rata anggaran kos RM6 juta untuk memulihkan tapak pelupusan berkenaan menggunakan kaedah menutup sisa dengan lapisan tanah.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menilai keseluruhan kos pemulihan sebanyak RM234 juta, termasuk kerja menggali dan mengalihkan hampir dua juta tan sisa serta menggantikannya dengan bahan tambakan kejuruteraan.Majlis itu kemudian diperintahkan membayar separuh daripada jumlah tersebut, iaitu RM117 juta, berserta faedah.Dalam membenarkan rayuan itu, Mahkamah Rayuan memutuskan penilaian tersebut melangkaui skop perjanjian asal antara kedua-dua pihak.Muniandy berkata apa yang dipersetujui ialah menutup sisa dengan kira-kira 1.5m tanah yang dipadatkan, bukannya menggali keseluruhan tapak pelupusan dan memulihkan tanah itu kepada keadaan asal.“Mahkamah yang membuat penilaian terikat kepada terma kontrak yang dilanggar,” katanya.Beliau berkata kaedah penutupan dengan tanah yang dipersetujui dalam kontrak tidak boleh digantikan dengan kerja kejuruteraan yang jauh berbeza sehingga menelan kos hampir 40 kali ganda daripada anggaran asal.Mahkamah turut mengambil kira bahawa NBC Land membeli tanah seluas 161 ekar itu pada Jun 2000 dengan harga RM32.27 juta atas dasar “seadanya”, dengan mengetahui kira-kira 36 ekar daripadanya …
Summary from source