HomeWorld

Mahkamah kekal hak wanita mualaf warisi harta bapa bukan Islam

World 1 source 1 country just now

Mahkamah Rayuan berkata Akta Pembahagian 1958 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, tidak melarang Amira Umaira Teng Abdullah daripada mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak seorang wanita mualaf untuk mewarisi harta pusaka mendiang bapanya yang bukan beragama Islam.Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Supang Lian memutuskan bahawa undang-undang berkaitan, iaitu Akta Pembahagian 1958 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, tidak melarang Amira Umaira Teng Abdullah daripada mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.Turut bersidang ialah Hakim Amarjeet Singh dan Shahnaz Sulaiman.Mahkamah turut memerintahkan ibu Amira yang bukan Islam, Wee Ku Wing, yang mencabar hak pewarisan anaknya itu, membayar kos sebanyak RM30,000.Berdasarkan fakta kes, Amira memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam pada 2008. Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Teng Guan Chai dan Wee.Selepas Teng meninggal dunia pada 2020, Wee memfailkan permohonan di Pejabat Tanah dan Galian Kelantan untuk mengagihkan harta pusaka si mati secara sama rata kepada waris yang layak.Bagaimanapun, Wee tidak memasukkan nama Amira dalam senarai tujuh orang anak Teng.Selepas mengetahui mengenai permohonan itu, Amira memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan perintah pembahagian harta serta pelantikan Wee sebagai pentadbir harta pusaka.Keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Amira dengan menyatakan bahawa Parlimen, ketika menggubal Akta Pembahagian, tidak pernah berniat menghalang seseorang anak yang memeluk agama lain daripada mewarisi harta pusaka ibu atau bapanya yang telah meninggal dunia.“Undang-undang tidak membezakan status agama seseorang anak dalam pembahagian harta pusaka,” menurut Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya.Amira diwakili peguam Adib Saat dan Zulhafiz Zahid, manakala Wee diwakili oleh Lua Kok Hiyong.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →