Loke Siew Fook bercakap pada sidang media selepas kongre khas DAP di Putrajaya, hari ini.PUTRAJAYA: DAP menerima realiti politik parti itu perlu terus bekerjasama dengan Umno dalam kerajaan perpaduan demi memastikan kestabilan pentadbiran negara dan membolehkan agenda reformasi diteruskan.Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata pendirian itu turut mendapat sokongan perwakilan parti yang mengundi supaya DAP kekal dalam kerajaan sehingga tamat tempoh pentadbiran.“Perwakilan telah mengundi untuk kita kekal dalam kerajaan. Ini adalah hasrat mereka dengan memahami sepenuhnya bahawa kita perlu bekerjasama dengan Umno.“Ini satu realiti politik yang difahami semua perwakilan,” katanya pada sidang media selepas kongres khas parti itu.Menurut Loke, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga mahu kerajaan kekal stabil supaya agenda yang dirancang dapat dilaksanakan, walaupun terdapat perbezaan pendirian antara parti dalam kerajaan.Beliau mengulas pendirian Anwar untuk meneruskan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan Perpaduan atas kepentingan kestabilan serta kemakmuran rakyat.Loke turut menepis dakwaan DAP menggunakan kongres itu untuk memberi tekanan kepada Anwar bagi melaksanakan apa yang didakwa sebagai “agenda DAP”.Katanya, pembaharuan seperti pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal serta menangani kos sara hidup bukan tuntutan DAP semata-mata.“Ia bukannya agenda DAP semata-mata tetapi agenda bersama atau janji-janji yang telah dipersetujui melalui manifesto semasa pilihan raya lalu,” katanya.Kongres khas itu menyaksikan perwakilan DAP meluluskan usul supaya parti itu kekal dalam kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh pentadbiran. Kongres khas itu diadakan untuk memberi peluang kepada perwakilan DAP memutuskan kedudukan parti itu dalam kerajaan perpaduan.
(Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Perwakilan DAP hari ini meluluskan usul untuk kekal berada dalam kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh pentadbiran, sekali gus menepis spekulasi berhubung hala tuju politik parti itu. Keputusan itu dicapai menerusi proses pengundian pada kongres parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas usul khas dibentangkan oleh Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook. Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin mengumumkan 1,857 perwakilan mengundi untuk DAP kekal dalam kerajaan manakala 242 mengundi keluar.
Seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan layak hadir dan mengambil bahagian dalam persidangan itu. Ini bermakna pemimpin dan wakil parti itu akan terus memegang jawatan sebagai menteri, timbalan menteri serta lantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). DAP kini mempunyai lima menteri dalam Kabinet, iaitu Loke Siew Fook (pengangkutan), Nga Kor Ming (perumahan dan kerajaan tempatan), Hannah Yeoh (Wilayah Persekutuan), Gobind Singh Deo (digital) dan Steven Sim (pembangunan usahawan dan koperasi).
Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri, iaitu Lim Hui Ying (pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat), Liew Chin Tong (kewangan), M Kulasegaran (undang-undang dan reformasi institusi), Teo Nie Ching (komunikasi), Wong Kah Woh (pendidikan), Chan Foong Hin (pertanian dan keterjaminan makanan) serta Mordi Bimol (belia dan sukan). Dalam pada itu, Loke pada sidang media selepas kongres berkenaan menafikan dakwaan tanda protes susulan kehadiran perwakilan sekitar 52.12% atau 2,223 orang. "Perwakilan kita dari akar umbi dan tidak semua boleh hadir...
kalau ada pemilihan pun biasanya hampir 70% sahaja. "Jumlah hari ini melebihi separuh daripada jumlah perwakilan, ia dikira tinggi pada persidangan DAP kebangsaan," katanya. Terdahulu, majoriti perwakilan ketika perbahasan menunjukkan kehendak yang kuat untuk kekal dalam pentadbiran Persekutuan meskipun wujud rasa tidak puas hati berhubung prestasi kerajaan.
Mereka berpandangan tindakan meninggalkan kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya akan memburukkan keadaan semasa.
Summary from source