Litar Antarabangsa Sepang pernah menjadi tuan rumah Grand Prix F1 Malaysia dari 1999 hingga 2017, sebelum digugurkan daripada kalendar susulan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan. (Gambar Bernama)BERLIN: Malaysia berpeluang kembali tersenarai dalam kalendar Formula Satu (F1) pada notis singkat tahun ini, jika konflik di Iran terus menimbulkan gangguan, lapor portal khusus sukan permotoran, the-race.com pada Khamis.Pada pertengahan Mac lalu, F1 menangguhkan perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada April susulan peperangan, sekali gus mengurangkan kalendar musim ini daripada 24 kepada 22 perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).Menurut laporan itu, sekiranya dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar pada 29 Nov dan Abu Dhabi pada 6 Dis nanti tidak dapat diteruskan akibat konflik di Asia Barat, pengurusan F1 sedang meneliti pilihan lain.Sebelum konflik Iran kembali memuncak, penganjur berharap Grand Prix Bahrain dapat dijadualkan semula pada hujung minggu pertama Oktober, antara perlumbaan di Azerbaijan dan Singapura.Bagaimanapun, kemungkinan itu kini dilihat semakin tipis susulan ketegangan memuncak semula antara Amerika Syarikat dan Iran. Justeru, Malaysia dan Turki antara calon untuk menganjurkan perlumbaan pada 4 Okt ini, menurut laporan itu.F1 dijangka membuat keputusan awal mengenai perlumbaan yang dicadangkan pada Oktober itu ketika kejuaraan memasuki cuti pertengahan musim selepas Grand Prix Hungary di Budapest hujung minggu ini, sebelum saingan bersambung semula akhir bulan depan.Litar Antarabangsa Sepang pernah menjadi tuan rumah Grand Prix F1 Malaysia dari 1999 hingga 2017, sebelum ia digugurkan daripada kalendar susulan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan.Sementara itu, Litar Portimao di Portugal kekal lokasi alternatif bagi perlumbaan penutup musim, jika perlumbaan di Abu Dhabi pada 6 Dis ini tidak dapat diteruskan, manakala Grand Prix Qatar akan digugurkan daripada kalendar.Litar Algarve itu kali terakhir menganjurkan perlumbaan F1 pada 2020 dan 2021 sebagai pengganti ketika pandemik Covid-19 dan dijadualkan kembali menjadi tuan rumah pada 2027 serta 2028.
Summary from source