Rapid KL berkata siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pintu tren LRT tidak dapat ditutup dengan sempurna, sebelum tindakan pembaikan dilaksanakan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebuah tren LRT Laluan Kelana Jaya menuju Gombak mengalami masalah teknikal menyebabkan salah satu pintunya tidak dapat ditutup dengan sempurna semalam.Rapid KL berkata, tindakan segera diambil sejurus masalah dikenal pasti pada 11.08 pagi Ahad, dengan prosedur keselamatan operasi diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penumpang."Tren berkenaan diarahkan ke Stesen Taman Bahagia, sebelum semua penumpang diturunkan dengan selamat dan diminta meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya," katanya dalam kenyataan.Jelasnya, tiada kecederaan dilaporkan dan tren terbabit dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk menjalani pemeriksaan teknikal serta tindakan susulan.Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti puncanya, termasuk pemeriksaan terhadap pintu tren, sebelum tindakan pembaikan sewajarkan dilaksanakan."Rapid KL kekal komited memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap operasi perkhidmatan rel."
Summary from source