Home › World

Jalaluddin denies allegations of no-confidence motion against MB N Sembilan

World 1 source 1 country 23m ago

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata, banyak lagi perancangan dan agenda untuk kepentingan negeri serta masyarakat yang perlu diselesaikan.PETALING JAYA: Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim pada sidang DUN akan datang.Jalaluddin yang juga Adun Pertang memberitahu FMT, tiada sebarang perbincangan mengenainya pernah diadakan.“Sama sekali tidak betul. Tiada sebarang aturan mahupun perbincangan untuk buat usul undi tidak percaya terhadap menteri besar," katanya menambah, beliau tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian.Jalaluddin menegaskan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang krisis kepimpinan."Setakat ini, kita tidak ada masalah kepimpinan di Negeri Sembilan dengan menteri besar. Biar (Ismail) buat kerja beliau sebagai menteri besar, dan saya sebagai ketua parti akan buat kerja sebagai ketua parti."Kita banyak lagi perancangan dan agenda untuk kepentingan negeri serta masyarakat yang perlu kita selesaikan," katanya.Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tidak percaya terhadap Ismail.Menurut sumber yang enggan dinamakan itu, usul itu akan dikemukakan oleh Jalaluddin sendiri, namun tertakluk pada kepimpinan pusat Umno.Sumber itu dilaporkan berkata, barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) juga mungkin diumumkan sekiranya langkah itu diteruskan.Sidang DUN dijadualkan berlangsung pada 26 Nov selepas ditangguhkan daripada 16 Okt bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.Speaker DUN Awaludin Said sebelum ini memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul tidak percaya terhadap Ismail, menegaskan beliau tidak akan membenarkan usul tergempar sekali pun untuk menjatuhkan menteri besar.Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 2 Ogos susulan PRN yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11, manakala Perikatan Nasional memenangi tujuh kerusi.Pentadbiran beliau bagaimanapun dibayangi krisis perlembagaan berhubung cubaan melucutkan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Ismail Lasim angkat sumpah jawatan sebagai MB Negeri Sembilan pada 2 Ogos susulan PRN, namun pentadbiran beliau dibayangi krisis perlembagaan berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim pada sidang DUN akan datang, menurut sumber. Sumber yang enggan dinamakan itu mendakwa usul itu akan dikemukakan oleh Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, yang juga Adun Pertang.

"Keputusan kini terletak pada kepimpinan pusat Umno," katanya kepada FMT. Beliau menambah, barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) juga mungkin diumumkan sekiranya langkah itu diteruskan. FMT sedang cuba mendapatkan komen daripada Jalaluddin berhubung perkara ini.

Sidang DUN dijadualkan berlangsung pada 26 Nov selepas ditangguhkan daripada 16 Okt bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya. Speaker DUN Awaludin Said sebelum ini memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul tidak percaya terhadap Ismail, menegaskan beliau tidak akan membenarkan usul tergempar sekali pun untuk menjatuhkan menteri besar. Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 2 Ogos susulan PRN yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11, manakala Perikatan Nasional memenangi tujuh kerusi.

Pentadbiran beliau bagaimanapun dibayangi krisis perlembagaan berhubung cubaan melucutkan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar. Beliau dilaporkan menandatangani proklamasi bagi melucutkan kedudukan baginda pada 3 Ogos. Beliau bagaimanapun mendakwa dipaksa menandatangani dokumen itu dan membuat laporan polis sejurus perkara itu didedahkan kepada umum pada 8 Sept.

Pada 15 Sept, barisan exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan mendakwa pelucutan takhta Tuanku Muhriz pada April adalah sah, sekali gus menjadikan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar pemerintah negeri yang baharu. Ismail kemudiannya menyokong kenyataan exco itu dan mengarahkan setiausaha kerajaan negeri meneruskan proses pewartaan proklamasi terbabit. Tuanku Muhriz sejak itu telah membatalkan pelantikan kesemua 10 exco berkenaan, kecuali Ismail.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →