Azmi Hassan berkata walaupun tidak begitu dikenali di peringkat nasional, Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan akar umbi di negeri itu, khususnya di Kuala Pilah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Adun Juasseh Ismail Lasim wajar kekal sebagai menteri besar Negeri Sembilan walaupun beberapa tindakannya mengundang kontroversi, tidak sampai dua bulan selepas memegang jawatan itu, kata penganalisis.Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Ismail masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan akar umbi, manakala penganalisis politik Mazlan Ali berpandangan Umno akan berdepan kesukaran untuk mencari penggantinya.Azmi Hassan.Menurutnya, kesilapan Ismail dalam menangani pertikaian membabitkan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, setakat ini tidak menjejaskan sokongan politik terhadapnya.“Keputusan yang perlu dibuat Ismail sangat sukar kerana ia menyentuh soal institusi diraja dan istana,” katanya kepada FMT.Menurutnya, walaupun Ismail tidak begitu dikenali di peringkat nasional, beliau masih mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan akar umbi Negeri Sembilan, khususnya di Kuala Pilah.Ismail merupakan Adun tujuh penggal, bermula di Senaling sebelum mewakili Juasseh, yang menurut Azmi menunjukkan beliau mempunyai asas sokongan tempatan yang kukuh.Sebelum ini, kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 menggesa Ismail meletak jawatan sebagai menteri besar susulan cara beliau menangani krisis membabitkan istana.Kumpulan itu berkata kedudukan Ismail tidak lagi dapat dipertahankan selepas beliau menandatangani satu proklamasi yang mahu Tuanku Muhriz disingkirkan, sebelum memberikan penjelasan yang bercanggah mengenai dokumen berkenaan.Azmi berkata tanggapan Ismail bukan pilihan utama Umno untuk menjadi menteri besar timbul kerana Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias sebelum ini dilihat sebagai calon utama bagi jawatan tersebut.Jalaluddin mengetuai tindakan 14 Adun Umno menarik sokongan terhadap menteri besar ketika itu, Aminuddin Harun, menjelang PRN pada 1 Ogos, menyebabkan ramai menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan berkenaan.Bagaimanapun, Azmi berkata Ismail kini dilihat mempunyai sokongan mencukupi dalam kalangan akar umbi dan kepimpinan Umno untuk terus mengetuai pentadbiran negeri di bawah parti itu.Mazlan Ali.Mazlan pula berkata walaupun kenyataan bercanggah Ismail me… Kenderaan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim memasuki pekarangan Istana Hinggap di Seremban kira-kira 10.50 pagi.
(Gambar Facebook)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap, Seremban, pagi ini untuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Kenderaan membawa Ismail dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira 10.50 pagi.Undang Luak Sungai Ujong Faris Johari dan Undang Luak Rembau Hassan Ab Hamid turut dilihat memasuki istana.Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad juga berada di istana, lapor The Star.Perkembangan itu berlaku dua hari selepas Presiden Umno Zahid Hamidi mengarahkan Ismail menghadap Tuanku Muhriz serta empat Undang bagi mencari penyelesaian secara baik terhadap krisis yang sedang melanda negeri itu.Awal bulan ini, barisan exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan yang dikatakan mengesahkan satu proklamasi bagi menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar. Ismail kemudian menyokong kenyataan itu sehari selepasnya.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara berkata kenyataan berkenaan tidak sah kerana menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan sedemikian.Setiausaha kerajaan negeri juga enggan mewartakan proklamasi tersebut.Tuanku Muhriz kemudiannya membatalkan pelantikan 10 ahli exco selepas mereka didapati melanggar sumpah jawatan dan ikrar taat setia kepada pemerintah negeri.Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional(BN), mengakui pemecatan itu sebelum mengadakan pertemuan dengan semua 25 Adun BN dan Perikatan Nasional pada Ahad bagi membincangkan pilihan untuk menyelesaikan krisis tersebut.Selepas pertemuan itu, Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri perlu terus 'berfungsi seperti biasa', sambil menambah pentadbiran Ismail mempunyai “pelbagai kaedah” untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan. Negeri Sembilan menteri besar Ismail Lasim's vehicle entered the palace compound in Seremban at around 10.50am.
(Facebook pic)PETALING JAYA: Negeri Sembilan menteri besar Ismail Lasim arrived at Istana Hinggap in Seremban this morning for an audience with Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.The menteri besar’s vehicle entered the palace compound at around 10.50am, followed by Tuanku Muhriz's vehicle about 10 minutes later, Utusan Malaysia reported.Sungai Ujong undang Faris Johari, Rembau undang Hassan Ab Hamid and Negeri Sembilan police chief Alzafny Ahmad were also seen entering the palace.This comes two days after Umno president Ahmad Zahid Hamidi ordered Ismail to seek an audience with Tuanku Muhriz and the four undangs to find an amicable solution to the state’s ongoing crisis.Earlier this month, the Negeri Sembilan executive council issued a statement purportedly affirming a proclamation seeking to remove Tuanku Muhriz as Yang Dipertuan Besar. Ismail endorsed the statement a day later.However, the Attorney-General’s Chambers said the statement was invalid as the menteri besar and exco do not have the authority to make such a declaration. The state secretary also refused to gazette the proclamation.Tuanku Muhriz later revoked the appointments of the 10 exco members for breaching their oaths of office and pledge of allegiance to the state ruler.Zahid, the Barisan Nasional chairman, acknowledged their sackings and held a meeting with all 25 Negeri Sembilan assemblymen from BN and Perikatan Nasional on Sunday night to discuss options for resolving the crisis.Following the meeting, state Umno chief Jalaluddin Alias said the state government must continue to "function as usual", adding that Ismail’s administration had "various methods" to achieve this.
Summary from source