Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata isu tersebut hanya membabitkan kumpulan yang menyokong bekas menteri besar Shukri Ramli. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah menolak dakwaan bahawa Adun PAS di negeri itu dilayan seperti pembangkang, sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.Abu Bakar berkata kerajaan negeri sentiasa bergerak atas semangat setiakawan Perikatan Nasional (PN) malah setiap keputusan dasar diputuskan secara bersama melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, lapor Utusan Malaysia.Katanya, beliau juga mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan PAS Perlis dan isu tersebut hanya membabitkan kumpulan yang menyokong bekas menteri besar Shukri Ramli.“Buktikan dakwaan dilontarkan oleh perwakilan Pemuda PAS Perlis itu yang juga menantu Shukri.“Desakan Pemuda PAS Perlis untuk mengambil tindakan tegas kepada saya juga adalah tidak berasas, bersifat emosi dan bermotifkan agenda peribadi segelintir pihak yang kecewa,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Kangar.Abu Bakar turut menjelaskan bahawa pengguguran atau pertukaran beberapa lantikan politik sebelum ini seperti ahli majlis dibuat demi membaiki kecekapan dan salah laku yang berlaku.Semalam, perwakilan Pemuda PAS Perlis, Ali Na’imi Ahmad Aziz menggesa pucuk pimpinan parti dan PN mempertimbangkan tindakan tegas terhadap Abu Bakar yang didakwa semakin mencalarkan imej PN dan PAS di negeri itu.Beliau juga mendakwa Adun PAS dilayan seperti wakil rakyat pembangkang, selain memecat dan menggugurkan beberapa lantikan politik daripada PAS.Abu Bakar dilantik sebagai menteri besar Perlis yang kesembilan pada Disember, menggantikan Shukri Ramli daripada PAS yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.Pelantikannya berlaku ketika krisis politik di Perlis, yang menyaksikan lapan Adun PN, termasuk lima daripada Bersatu, dilaporkan mengemukakan akuan berkanun menarik balik sokongan terhadap Shukri.Krisis politik Perlis akhirnya menyaksikan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, walaupun kedua-dua parti itu kekal dalam PN. Perlis menteri besar Abu Bakar Hamzah said the dispute involves only a group supporting his predecessor, Shukri Ramli.
(Facebook pic)PETALING JAYA: Perlis menteri besar Abu Bakar Hamzah has dismissed claims that PAS assemblymen in the state are being treated like opposition representatives, calling the allegations baseless.Abu Bakar said the state government continued to operate in the spirit of Perikatan Nasional solidarity, with policy decisions made collectively through executive council meetings, Utusan Malaysia reported.He also said he had a good relationship with the Perlis PAS leadership, and that the dispute involved only a group supporting former menteri besar Shukri Ramli.“The Perlis PAS Youth delegate, who is also Shukri’s son-in-law, should prove the allegations.“The call for stern action against me is baseless, emotional, and driven by the personal agenda of certain disgruntled parties,” he told reporters at his official residence in Kangar today.Abu Bakar also explained that the removal or replacement of some political appointees, including councillors, was aimed at improving efficiency and addressing misconduct.Perlis PAS Youth delegate Ali Na’imi Ahmad Azizi yesterday urged PAS and PN leaders to consider taking stern action against Abu Bakar, who he claimed was tarnishing the coalition’s image in the state.He said that while Perlis is governed by PN, PAS representatives were allegedly being treated like opposition members.Ali Na’imi also alleged that the state government had taken arbitrary action against political appointees from PAS, such as the removal of councillors.Abu Bakar was appointed the ninth menteri besar of Perlis last December, succeeding PAS’s Shukri, who resigned citing health reasons.The Perlis Bersatu chief’s appointment came amid a political crisis which saw eight PN assemblymen, including five from Bersatu, reportedly submitting statutory declarations to the ruler to withdraw their support for Shukri.
Summary from source