Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebelum ini dilaporkan telah menutup dan menyita premis Network School di Forest City, Iskandar Puteri. (Gambar Network School)PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) belum menerima sebarang rayuan daripada Network School susulan pembatalan lesen perniagaan syarikat itu minggu lalu, sekali gus menyebabkan operasinya kekal dihentikan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Jafni Md Shukor, berkata sehingga kini masih tiada permohonan rayuan yang dikemukakan kepada PBT terbabit."Batal terus. Senang cakap mereka ini 'illegal' (tidak sah).
Kalau misal kata mereka tubuh syarikat lain dan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, sudah tentu boleh (beroperasi), tetapi setakat ini tiada rayuanlah," katanya, lapor Berita Harian.Mengulas lanjut, Jafni berkata tindakan itu diambil kerana terdapat dua pelanggaran syarat pelesenan yang dilakukan syarikat terbabit."Di peringkat MBIP, seperti semua sedia maklum terdapat dua kesalahan secara nyata di situ. Satu, iklan, sudah tentulah tidak mematuhi syarat dan itu kita telah batalkan."Pada masa sama, lesen yang dimohon dengan apa yang ada di peringkat operasi mereka sangat berbeza dan mereka melanggar syarat lesen itu," katanya.Namun katanya, kerajaan negeri terus mengalu-alukan kemasukan pelaburan baharu serta memberi jaminan bahawa Johor kekal sebagai negeri yang mesra pelabur.Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu berkata, tindakan terhadap pemilik syarikat adalah di bawah bidang kuasa Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.MBIP sebelum ini dilaporkan telah menutup dan menyita premis Network School di Forest City, Iskandar Puteri.Sehari sebelum itu, PBT terbabit mengumumkan pembatalan lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn Bhd (Network School) serta mengarahkan semua aktiviti syarikat berkenaan dihentikan berkuat kuasa 22 Julai selepas didapati melanggar beberapa syarat pelesenan.Kerajaan negeri menerusi kenyataan memaklumkan tindakan diambil susulan keputusan Mesyuarat Penuh Khas MBIP yang mendapati syarikat itu gagal mematuhi syarat ditetapkan di bawah lesen perniagaan yang dikeluarkan.
Summary from source