Pertemuan itu bertujuan sebagai sesi suai kenal dan silaturahim antara Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, menteri besar serta bekas anggota exco. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dan bekas anggota exco negeri bersama Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dibatalkan.Memetik sumber, Sinar Harian melaporkan pertemuan dijadualkan pada 9 pagi itu dibatalkan atas faktor keselamatan.Pertemuan itu pada asalnya bertujuan sebagai sesi suai kenal dan silaturahim antara Tunku Nadzaruddin, Ismail serta bekas anggota exco.Turut dijangka hadir tokoh dikatakan sebagai Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Shahbandar Sungai Ujong.Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan krisis perlembagaan berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar serta kesahihan barisan exco negeri.Pada 17 Sept, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak satu perisytiharan didakwa bertujuan menyingkirkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri, serta pengumuman susulan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengesahkan perisytiharan berkenaan.AGC berkata, perisytiharan itu tidak sah dan menteri besar serta anggota exco tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan pemerintah negeri.Pada 20 Sept, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 anggota exco atas alasan mereka melanggar sumpah jawatan.Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian menghadap Tuanku Muhriz keesokannnya. The meeting was intended to be an 'ice-breaking' session and to build rapport between Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, the menteri besar and the exco members.
(Facebook pic)PETALING JAYA: A meeting between Negeri Sembilan menteri besar Ismail Lasim and his former executive council members with Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar has been cancelled.Quoting a source, Sinar Harian said the meeting, which was scheduled to be held at 9am, was called off due to "security concerns".It was reported yesterday that the meeting was intended to be an "ice-breaking" session and to build rapport between Tunku Nadzaruddin, Ismail and the former exco members.The four purported undangs, Tunku Besar of Tampin, and Shahbandar of Sungai Ujong were also expected to attend.The development comes amid a constitutional crisis in the state.On Sept 17, the Attorney‑General’s Chambers (AGC) rejected a proclamation purporting to remove Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as state ruler, along with a subsequent announcement by the state executive council affirming it.The AGC said the proclamation was invalid, and that the menteri besar and exco members had no unilateral power to remove the state ruler.On Sept 20, Tuanku Muhriz revoked the appointments of 10 executive council members, citing breaches of their oaths of office. Prime Minister Anwar Ibrahim was granted an audience with him the following day.
Summary from source