Timbalan Presiden MIC M Saravanan kata Najib Razak banyak berjasa kepada negara manakala Presiden MCA Wee Ka Siong berkata proses penghakiman dan proses pengampunan perlu difahami sebagai dua proses berbeza.PETALING JAYA: Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN), MIC dan MCA, merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, berkata beliau gembira dengan keputusan itu, sambil menyatakan Najib banyak berjasa kepada negara ketika menjadi perdana menteri, terutama kepada masyarakat India."Tiada siapa boleh menafikan banyak perkara baik dan inisiatif yang telah beliau lakukan untuk negara," katanya kepada FMT."Walau apa pun kekurangannya, beliau telah menjalani hukuman penjara untuk beberapa tahun. Bagi seseorang seperti Najib, pemenjaraan selama beberapa tahun sudah lebih daripada cukup. Beliau layak menjalani tahanan rumah."Presiden MCA Wee Ka Siong menjunjung kasih titah Agong berhubung pengampunan bersyarat, sambil berkata proses kehakiman dan proses pengampunan perlu difahami sebagai dua proses yang berbeza."Justeru, menghormati keputusan lembaga pengampunan tidak bermaksud menafikan keputusan mahkamah, sebagaimana menghormati keputusan mahkamah tidak bermaksud mempertikaikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan."Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada sistem perundangan dan Perlembagaan negara yang perlu dihormati," katanya di Facebook.Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat ditetapkan.Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Takiyuddin Hassan berkata PAS yakin Najib Razak masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara.PETALING JAYA: PAS menyifatkan pengampunan bersyarat yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah sebagai perkembangan bermakna bukan sahaja kepada keluarganya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu melafazkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keputusan berkenaan."Perkembangan ini amatlah bermakna bukan sahaja kepada keluarga Najib, tapi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengenang dan menghargai jasa serta khidmat bakti beliau sebagai pemimpin yang telah membawa pembangunan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat."PAS seterusnya memdoakan agar Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman terhadapnya di rumah," katanya dalam kenyataan.Beliau turut menyatakan keyakinan PAS yang bekas presiden Umno itu masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara.Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat ditetapkan.Umno hari ini turut mengumumkan akan melancarkan tabung sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda berkenaan.Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.Najib sedang merayu terhadap sabitan itu.
Summary from source