HomeAfrica

MIC, MIPP kecam Sanusi berkait kenyataan ‘Tanah Melayu’

Africa 1 source 1 country 24m ago

Presiden MIC SA Vigneswaran dan Presiden MIPP P Punithan membidas kenyataan dibuat oleh Sanusi Nor daripada Perikatan Nasional. PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Nor dikecam MIC dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) susulan kenyataannya yang membayangkan bahawa kaum lain di Malaysia masih mempunyai negara asal masing-masing.Presiden MIC, SA Vigneswaran, menggesa Barisan Nasional (BN) menilai semula kerjasama pilihan rayanya dengan PN serta mempertimbangkan bertanding solo dalam pilihan raya negeri akan datang kerana kenyataan berulang kali oleh beberapa pemimpin PAS mengenai isu kaum dan agama boleh menjejaskan sokongan pengundi berbilang kaum terhadap BN."Apabila BN terus dikaitkan dengan naratif seperti ini, ia menyukarkan kami. Sebab itu BN lebih baik bergantung pada kekuatannya sendiri untuk mempertahankan prinsip kesederhanaan," katanya kepada Malaysiakini.Vigneswaran turut berkata pemimpin PN tidak seharusnya menganggap masyarakat Cina dan India di Malaysia sebagai orang asing, sambil menegaskan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada Malaysia.Beliau turut menggesa PAS mencontohi Amanah, yang menurutnya mengamalkan pendekatan lebih inklusif dalam memperjuangkan Islam."Amanah tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakiti perasaan masyarakat Cina dan India.

Sebab itu Amanah lebih mudah diterima oleh masyarakat berbilang kaum," katanya.Presiden MIPP, P Punithan, menolak tanggapan bahawa masyarakat India Malaysia menganggap India sebagai tanah air mereka, sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang dianggapnya sebagai tanah air."Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk kembali menetap di India, kecuali sebagai destinasi pelancongan atau untuk menunaikan ibadah," kata Punithan, yang partinya merupakan komponen PN."Malaysia bukan sekadar tempat saya tinggal, tetapi tanah air yang saya cintai sepenuh hati," katanya.Malam tadi, Sanusi yang juga menteri besar Kedah berkata 'Tanah Melayu' merupakan satu-satunya tempat tinggal orang Melayu, tidak seperti kaum lain.Seorang Ahli Parlimen DAP kemudian menggesa pihak berkuasa menyiasat Sanusi dengan alasan kenyataan tersebut menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →