HomeWorld

Umno leaders urge Norazli to apologise for jokes about Catholic priests, nuns

World 1 source 1 country 20m ago

Salleh Said Keruak dan Dr Akmal Saleh menggesa Noorazli Said memohon maaf atas jenakanya pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu.PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno menyertai Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menggesa Ketua Umno Sepang Noorazli Said memohon maaf berhubung jenaka yang dibuatnya pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu.Veteran Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata dalam bahawa beliau bersetuju sepenuhnya dengan pendirian Tangau berhubung kenyataan Noorazli.“Walau apa pun niatnya, jenaka berunsur seksual yang membabitkan biarawati dan paderi Katolik tidak boleh diterima. Agama dan tokoh agama mesti sentiasa dihormati.“Pemimpin Umno terbabit perlu memohon maaf secara terbuka dan ikhlas. Ini soal hormat, tanggungjawab dan memahami batas yang tidak sepatutnya dilanggar,” katanya di Facebook.Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh turut menggesa Noorazli memohon maaf secara terbuka sambil menegaskan agama tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.“Bayangkan jika jenaka mengenai paderi itu sebaliknya ditujukan kepada imam dan umat Islam.

Sudah tentu kita juga akan marah.“Jadi, jika kita marah apabila diperlakukan sedemikian, kita juga tidak seharusnya memperlakukan orang lain dengan cara yang sama,” katanya dalam catatan Facebook.Salleh, yang juga bekas ketua menteri Sabah, berkata umat Islam, Kristian dan penganut agama lain di negeri itu telah hidup bersama dalam suasana saling menghormati sejak turun-temurun.“Semangat toleransi dan keharmonian ini mesti terus kita pelihara. Apabila sesuatu itu salah, kita perlu berani menyatakannya tanpa mengira siapa yang terbabit,” katanya.Dalam ucapannya semasa membahaskan ucapan dasar presiden Umno pada Sabtu, Noorazli menceritakan jenaka berkisarkan mengenai seorang paderi memandu Proton Saga manual yang menumpangkan seorang biarawati.Noorazli dikatakan menggunakan ayat yang dikaitkannya dengan Mazmur 129 dalam Bible, namun kandungan itu sebenarnya tidak terdapat dalam bab berkenaan.Terdahulu hari ini, Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Adun Tamparuli menggesa Noorazli memohon maaf kepada masyarakat Katolik berhubung jenaka itu serta rujukan yang tidak tepat terhadap Bible.Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur kemudian berkata pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Noorazli berhubung jenaka itu.Persatuan itu turut menggesa Noorazli menarik balik kenyataannya, membuat permohona… Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, Wilfred Madius Tangau (kiri), berkata jenaka Noorazli Said itu 'amat tidak wajar dan menyinggung perasaan'.PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Sabah menuntut Ketua Umno Sepang Noorazli Said memohon maaf kepada penganut Katolik susulan tindakannya membuat jenaka berunsur seksual membabitkan paderi serta rujukan yang tidak tepat mengenai Bible ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU), baru-baru ini.Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, Wilfred Madius Tangau, berkata jenaka itu 'amat tidak wajar dan menyinggung perasaan'."Kitab suci, paderi Katolik, dan biarawati tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka seksual atau dipersendakan dari pentas perhimpunan sebuah parti politik utama negara."Penceramah berkenaan sewajarnya mengakui kesilapan pertimbangannya, menarik balik rujukan palsu terhadap Mazmur 129, dan memohon maaf secara terbuka tanpa sebarang syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian," katanya.Dalam ucapannya semasa membahaskan ucapan dasar presiden Umno pada Sabtu, Noorazli menceritakan jenaka berkisarkan mengenai seorang paderi memandu Proton Saga manual yang menumpangkan seorang biarawati.Beberapa pengguna Facebook di ruangan komen hantaran Tangau mendesak beliau untuk membuat laporan polis terhadap Noorazli, sambil menyatakan jenaka itu secara jelas menyentuh isu agama.Buat repot polisSementara itu, Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur (CLS) berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung ucapan Noorazli kerana ia 'berpotensi mencetuskan ketidakharmonian dan rasa tidak hormat terhadap sesuatu komuniti agama'.CLS dalam kenyataan berkata gurauan Noorazli kemungkinan ada implikasi undang-undang termasuk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana disiarkan di media sosial.Seksyen 233 CMA menjadikan penyalahgunaan kemudahan rangkaian untuk menghantar kandungan yang lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan niat untuk mengganggu atau mengganggu seseorang sebagai satu kesalahan.Menurutnya, berkata kenyataan Noorazli itu juga merendahkan golongan paderi dengan menggambarkan mereka dalam cara yang lucah dan tidak dihormati.“Kenyataan sedemikian di hadapan khalayak ramai dalam satu perhimpunan politik nasional adalah sama sekali tidak wajar dan tidak sesuai bagi mana-mana wakil rakyat atau pemimpin parti,” k…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →