Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata tindakan itu bukan dasar untuk memperkukuh pentadbiran negeri sebaliknya bertujuan mengukuhkan kedudukan BN. PETALING JAYA: Muda membidas pelantikan 10 timbalan exco kerajaan Johor yang disifatkan sebagai pembaziran wang rakyat demi memenuhi kepentingan politik pihak tertentu. Presiden Amira Aisya Abd Aziz berkata, langkah itu seolah-olah dijadikan sebagai pembahagian ‘ghanimah politik’ menggunakan dana awam.
“Duit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan kebajikan Bangsa Johor, sebaliknya digunakan untuk membayar gaji dan pencen barisan exco dan timbalan exco. “Sudah 10 jawatan timbalan exco diberikan, ditambah pula dengan Adun lantikan yang akan menyokong Barisan Nasional secara membuta tuli,” katanya dalam kenyataan. Amira mendakwa, tindakan itu bukannya satu dasar untuk memperkukuh pentadbiran negeri, sebaliknya hanya bertujuan mengukuhkan kedudukan BN dengan mengimbangi peruntukan negeri.
Terdahulu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pelantikan 10 timbalan exco kerajaan negeri bagi memperkukuh jentera pentadbiran dan mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Onn Hafiz berkata, pelantikan itu juga bertujuan mempercepat penyelesaian isu rakyat serta memastikan setiap dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seimbang dan inklusif di setiap daerah. Pada 7 Mei lalu, DUN Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang membolehkan pelantikan lima Adun tanpa melalui pilihan raya meskipun mendapat bantahan Pakatan Harapan, justeru meningkatkan jumlah keseluruhan wakil rakyat negeri kepada 61.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi bersama 10 timbalan exco kerajaan negeri yang baru dilantik. (Gambar Bernama) ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pelantikan 10 timbalan exco kerajaan negeri bagi memperkukuh jentera pentadbiran dan mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Katanya, pelbagai inisiatif strategik sedang dirangka dan akan dilaksanakan bagi memastikan Johor terus menjadi negeri maju menjelang 2030 selari dengan pelaksanaan kerangka Maju Johor 2030 serta Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).
“Seiring dengan agenda pembangunan yang semakin pesat dan mencabar, kerajaan negeri melihat terdapat keperluan untuk memperkukuh kapasiti pentadbiran bagi memastikan setiap dasar, projek dan program dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar. Onn Hafiz berkata, cadangan pelantikan tersebut dipersembahkan dan telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Katanya, setiap timbalan exco perlu bekerja secara berpasukan dan menjalinkan kerjasama erat dengan pengerusi jawatankuasa induk serta jabatan dan agensi berkaitan.
Langkah itu, menurutnya, penting bagi memantau pelaksanaan projek, menyelaras tindakan di lapangan dan memastikan setiap manfaat program dilancarkan benar-benar sampai ke peringkat akar umbi. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua barisan timbalan pengerusi yang dilantik dan yakin semangat kerja berpasukan seluruh kepimpinan kerajaan negeri mampu merealisasikan aspirasi rakyat Johor dengan cemerlang. Berikut senarai 10 timbalan exco kerajaan negeri Johor, mengikut portfolio masing-masing: Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zaidi Japar (Adun Rengit); Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Nadhirah Afiqah Abdull Rahim (Adun Serom); Hal Ehwal Agama Islam Anuar Abd Manap (Adun Pemanis); Kesihatan dan Alam Sekitar Mohd Youzaimi Yusof (Adun Tenggaroh); Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Syed Hussein Syed Abdullah (Adun Mahkota); Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Mohamad Najib Samuri (Adun Parit Yaani); Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Chan San San (Adun Johor Jaya);…
Summary from source