HomeWorld

Mungkin ‘syok-syok’ sahaja, kata Sanusi berkait cadangan namakan kerjasama PN-BN kepada PBN

World 1 source 1 country just now

Sanusi Nor berkata soal nama Perikatan Barisan Nasional tidak perlu diperbesarkan kerana bukan babit soal dasar.JEMPOL: Cadangan menamakan kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) hanya dibuat secara ‘syok-syok’ (santai) dan belum pernah dibincangkan secara rasmi, kata Sanusi Nor.Pengarah pilihan raya PN itu berkata beliau tidak pernah mendengar cadangan berkenaan dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin. “Mungkin ‘syok-syok’ cadang sahaja. Tak ada perbincangan sampai ke peringkat itu."Beliau (Hamzah) seorang sahaja yang mencadangkan istilah itu.

Nama itu hanyalah ‘perhiasan’ dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana bukan melibatkan soal dasar,” katanya kepad media selepas satu ceramah di DUN Serting, malam tadi.Hamzah sebelum ini mencadangkan supaya kerjasama PN dan BN dinamakan PBN bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan.Beliau dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti terlibat sebelum sebarang keputusan dibuat.Media kemudian melaporkan reaksi pemimpin BN yang dilihat tidak berkongsi kesungguhannya terhadap nama berkenaan, dengan Pengerusinya Zahid Hamidi menegaskan tiada perbincangan rasmi mengenai kelanjutan kerjasama itu selepas PRN Negeri Sembilan.Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan istilah PBN sebagai 'tidak relevan' kerana membayangkan pembentukan satu gabungan politik baharu.Sebaliknya, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang menegaskan kerjasama antara BN dan PN yang terjalin setakat ini hanyalah persefahaman untuk menghadapi pilihan raya negeri Negeri Sembilan.Dalam pada itu, Sanusi berkata PN menyasarkan kemenangan di kesemua 11 kerusi DUN yang ditandinginya, selain membantu BN memenangi 25 kerusi dalam usaha membentuk kerajaan Negeri Sembilan.“Kita berharap momentum kerjasama BN-PN ini dapat dibawa ke Melaka dan seterusnya ke Putrajaya,” kata menteri besar Kedah itu.Sanusi turut menolak dakwaan kerjasama BN-PN yang turut disertai PAS akan menafikan hak masyarakat bukan Melayu.“Kenapa perlu takut dengan PAS? PAS terdiri daripada orang baik-baik. Kita tidak pernah menganiaya sesiapa.“Jadi, tiada siapa perlu takut kepada PAS.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur ke…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →