Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan muktamad berhubung bentuk kerjasama politik di Pahang masih dalam perbincangan dan bakal ditentukan pucuk pimpinan parti. KUALA LUMPUR: Umno Pahang menjalankan tiga kajian untuk menentukan pilihan kerjasama politik bagi berdepan PRN akan datang, dengan Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail berkata semua tiga senario itu menunjukkan Barisan Nasional (BN) boleh menang. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno, Wan Rosdy berkata kajian itu melihat tiga pilihan iaitu kerjasama BN dengan PH, kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan akhir sekali BN bertanding solo.
“Rumusannya, nak selesa, nak cuci tangan, dengan PN. Kalau dengan PN hilang 15% pengundi Cina, tetapi masih boleh menang. "Kalau solo, masih boleh menang tetapi risikonya sangat tinggi," katanya yang juga menteri besar Pahang.
Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, keputusan muktamad berhubung bentuk kerjasama politik di Pahang masih dalam perbincangan dan bakal ditentukan pucuk pimpinan parti. "Setakat hari ini masih lagi dalam perbincangan. Insya-Allah apabila semua maklumat dapat diperolehi, saya dan rakan-rakan akan mengadap presiden untuk berbincang lebih lanjut sebelum membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata Pahang merupakan satu-satunya negeri yang mengekalkan pentadbiran BN tanpa putus. Malah beliau berikrar untuk mempertahankan kubu kuat parti itu daripada jatuh ke tangan pihak lain. “Hanya Pahang sahaja yang DNA-nya tidak putus Umno yang memerintah negeri ini.
Negeri lain pernah terputus, tetapi Pahang tidak pernah,” katanya. Pada PRU15 menyaksikan BN dan PN masing-masing memperoleh 17 kerusi DUN, manakala PH mendapat lapan kerusi. BN membentuk kerajaan negeri selepas mendapat sokongan Adun PH.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) antara pilihan untuk mengekalkan kemenangan BN dengan selesa di Pahang pada PRU16. Menteri besar Pahang itu berkata, dapatan itu diperoleh menerusi kajian perintis yang dijalankan bersama kepimpinan Umno Bahagian di negeri berkenaan bagi menilai tiga senario jajaran politik. Katanya, tiga senario itu adalah kerjasama BN dengan PH, kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan akhir sekali BN bertanding solo.
Summary from source