Ismail Lasim menerima watikah pelantikannya sebagai menteri besar Negeri Sembilan daripada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2 Ogos. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim meletakkan jawatan berhubung tindakannya dalam usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.G25 berkata kedudukan Ismail sebagai menteri besar tidak lagi boleh dipertahankan selepas beliau menandatangani proklamasi yang memohon penyingkiran Tuanku Muhriz, diikuti penjelasan bercanggah mengenai dokumen berkenaan.Kumpulan itu berkata Ismail mengangkat sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai menteri besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos, namun menandatangani proklamasi berkenaan pada hari berikutnya.“Beliau telah kehilangan kredibilitinya susulan percubaannya untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri yang sah, selain sikap tidak tegas dan kegagalannya menjelaskan siapa yang memaksanya menandatangani proklamasi berkenaan, yang beliau sendiri katakan tidak sah dan tidak mempunyai kesan.“Dan yang sama pentingnya, pada 16 Sept, beliau kemudiannya mengambil pendirian yang bercanggah mengenai ‘kesahihan’ proklamasi tersebut. Susulan semua kelakuan yang tidak boleh diterima ini, beliau telah kehilangan kewibawaan moral untuk memimpin dan mentadbir,” katanya dalam kenyataan.G25 menambah, gesaan untuk menyingkirkan seorang pemerintah merupakan perbuatan khianat, iaitu jenayah serius yang boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun di bawah Seksyen 121B Kanun Keseksaan, selain boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang hasutan.Ia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan khianat atau hasutan dalam pertikaian melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan.“Kesucian Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan dengan penuh kewaspadaan.
Jika tidak, undang-undang dan ketenteraman akan runtuh secara beransur-ansur, sesuatu yang kini mula kita rasai dan saksikan.”FMT telah menghubungi pejabat menteri besar untuk mendapatkan komen.Ismail, yang juga Adun Juasseh, sebelum ini berkata beliau menandatangani proklamasi mengenai penyingkiran Tuanku Muhriz kerana berada di bawah tekanan dan telah membuat laporan polis.Beliau turut berkata dokumen itu tidak sah kerana … Ringkasnya pada 20 Sept lalu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri atau Exco berkuat kuasa serta merta.Empat hari kemudiannya, pembatalan itu diwartakan.Oleh kerana Menteri Besar Ismail Lasim tidak mempersembahkan barisan exco yang baharu (sebagai ganti) seperti diperintah Yang Dipertuan Besar semasa membatalkan barisan yang terdahulu – Negeri Sembilan tidak ada seorang pun exco sehingga artikel ini ditulis.Ertinya Ismail ketua kerajaan tanpa kerajaan. Bolehkah nakhoda bersendirian membawa kapal belayar merentasi lautan sambil bertarung pelbagai cabaran - ditiup badai di atas laut bergelora?Kalau tidak ada cabaran sekali pun, bolehkah kapal digerakkan in the first place?
Kalau serah senarai baru exco seperti yang diperintah, taklah begini jadinya. Assuming cadangan MB diperkenan baginda. Sekarang sampai bila begini?Umum tahu keadaan ini ialah akibat krisis yang berlarutan.
Persoalan paling penting sekarang–apa jalan ke hadapan?Apabila Peguam Negara Dusuki Mokhtar mengulas krisis berkenaan berdasarkan bacaan perundangan dan perlembagaan ada pihak menyelar. Dengan keras memberitahu beliau jangan masuk campur urusan Negeri Sembilan.Beberapa pakar undang-undang perlembagaan bagaimanapun berbeda pandangan. Bagi mereka adalah tidak wajar menuduh peguam negara campur tangan krisis dalaman Negeri Sembilan kerana beliau adalah penasihat undang undang tertinggi negara.Saya setuju.
Jika penasihat undang-undang tertinggi Persekutuan tidak boleh ulas dan beri pandangan serta cadangan untuk menyelesaikan krisis yang bertambah parah, siapa yang boleh?Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga diberi amaran oleh pihak yang mendakwa undang dan pemimpin adat Negeri Sembilan – jangan masuk campur.Seperti yang saya tulis pada arikel terdahulu seorang pedana menteri wajib tahu apa yang sedang berlaku dan bagaimana ia dapat diatasi. Jika ketua kerajaan persekutuan tidak boleh melakukan apa apa dan dituduh masuk campur, siapa yang boleh?Apa pun semalam akhbar The Star menyiarkan laporan dengan tajuk "Anwar firm on not interfering in Negeri royal row". Perdana menteri dipetik berkata beliau tidak akan mencampuri urusan berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tetapi berpendapat apa apa pertikaian berhubung Iistitusi raja mesti diatasi berd…
Summary from source