HomeWorld

NGO pindah 113 pelarian dari IPK KL

World 1 source 1 country 31m ago

Kumpulan pelarian dibawa ke IPK Kuala Lumpur malam tadi untuk menjalani proses saringan oleh polis dan UNHCR. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seramai 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya, yang sebelum ini ditahan selepas berhimpun di luar pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur telah dipindahkan oleh sebuah NGO di Ampang.Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata semua pelarian itu meninggalkan perkarangan IPK Kuala Lumpur kira-kira 4 petang tadi untuk dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan, yang diatur NGO berkenaan.Beliau berkata, individu paling muda dalam kumpulan itu ialah bayi berusia sebulan, manakala yang paling tua berusia 60 tahun.Terdahulu, dilaporkan bahawa 110 pelarian Rohingya dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk menjalani proses saringan oleh polis dan UNHCR. Hasil semakan mendapati mereka merupakan pemegang kad UNHCR yang sah.Mereka tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki tiga bas dari Pulau Pinang bagi mendapatkan bantuan daripada UNHCR selepas mendakwa diusir dari sebuah penempatan di Kuala Muda yang menurut sebahagian daripada mereka telah didiami hampir dua dekad.Pelarian tersebut kemudiannya ditahan selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka sekiranya mengganggu ketenteraman awam.

The refugees were brought to the city police headquarters last night for screening by police and UNHCR. (Bernama pic)PETALING JAYA: An NGO based in Ampang has taken in 113 refugees, including 110 Rohingyas, who were detained after gathering outside the UNHCR office at Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur.Kuala Lumpur police chief Fadil Marsus said the refugees left the city's contingent headquarters at about 4pm today for an undisclosed location arranged by the NGO, Kaladan.The youngest in the group was a one-month-old baby while the oldest was 60 years old, he said.Earlier, it was reported that 110 Rohingya refugees were brought to the police headquarters for screening by the police and UNHCR. All of them were found to be valid UNHCR cardholders.They had arrived in Kuala Lumpur on three buses from Penang, seeking assistance from UNHCR after claiming they had been evicted from a settlement in Kuala Muda, Penang, where some said they had lived for nearly two decades.The refugees were later detained after Prime Minister Anwar Ibrahim warned that stern action would be taken against them.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →