HomeWorld

DAP representative condemns Umno leader's 'indecent' joke, offers conditional apology

World 1 source 1 country 4m ago

Syerleena Abdul Rashid mahu budaya ‘cakap dulu, minta maaf kemudian’ dihentikan, manakala Lee Chin Chen menegaskan semua agama perlu dihormati secara sama rata.PETALING JAYA: Dua wakil rakyat DAP mengecam ‘jenaka tak senonoh' seorang ketua bahagian Umno yang melibatkan paderi Katolik, serta tawarannya kemudian untuk memohon maaf kepada masyarakat Kristian.Syerleena Abdul Rashid mahu budaya ahli politik hanya memohon maaf selepas tindakan mereka mencetuskan kontroversi dihentikan, manakala Lee Chin Chen berkata tawaran memohon maaf secara bersyarat menunjukkan kurangnya keikhlasan.Dalam kenyataan, Syerleena yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata tanggungjawab politik menuntut seseorang menggunakan pertimbangan yang baik sebelum mencetuskan kontroversi, bukannya hanya menunjukkan kekesalan selepas itu.“Kita sudah terlalu kerap melihat perkara ini dalam politik Malaysia: kenyataan menyinggung perasaan dibuat, orang ramai marah, kemudian penjelasan mengenai konteks dan niat diberikan sebelum akhirnya permohonan maaf dibuat. Selepas itu, semuanya kembali seperti biasa.“Budaya ‘cakap dulu, minta maaf kemudian’ ini perlu dihentikan.”Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Sepang Noorazli Said yang bersedia memohon maaf sekiranya jenaka yang disampaikannya pada Perhimpunan Agung Umno menyinggung perasaan masyarakat Kristian.Noorazli turut berkata beliau tidak berniat menghina atau memperlekehkan sesiapa atau mana-mana agama menerusi jenaka mengenai seorang paderi dan biarawati, dengan unsur jenaka itu dikaitkan dengan Mazmur 129 dalam Bible.Syerleena berkata permohonan maaf memang perlu, tetapi ia tidak boleh dijadikan seperti ‘butang reset’ yang membolehkan semua pihak melupakan perbuatan yang menyebabkan permohonan maaf itu diperlukan.“Mohonlah maaf, tetapi mungkin kurangkan masa menjelaskan niat anda dan luangkan lebih banyak masa untuk memikirkan mengapa orang lain terpaksa mengingatkan anda tentang kesopanan asas.”Sementara itu, Lee yang juga Adun Bilut berkata ada perbezaan besar antara menawarkan permohonan maaf sekiranya seseorang tersinggung dengan jenaka itu dan meminta maaf kerana membuat jenaka yang tidak wajar.“Yang pertama meletakkan isu itu pada cara orang lain mentafsir atau berasa terhadap kenyataan tersebut. Yang kedua pula merupakan pengakuan bahawa kesalahan telah dilakukan dan kesediaan menerima tanggungjawab,” kata Lee, yang juga penolong …

Ketua Umno Sepang Noorazli Said berkata, beliau ambil maklum reaksi terhadap ucapannya ketika PAU 2026 dan terima perkara itu sebagai satu pengajaran. (Gambar Umno)PETALING JAYA: Ketua Umno Sepang Noorazli Said sedia memohon maaf kepada penganut Kristian sekiranya analogi digunakan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.Noorazli berkata, beliau faham kisah yang menyentuh figura atau rujukan keagamaan boleh ditafsirkan secara berbeza, khususnya dalam masyarakat Malaysia yang majmuk.“Sekiranya penyampaian saya itu menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya penganut Kristian, saya dengan penuh rendah hati bersedia memohon maaf,” katanya dalam kenyataan.Pada Sabtu lepas, ketika membahaskan ucapan dasar presiden, Noorazli menceritakan jenaka mengenai seorang paderi memandu Proton Saga manual yang menumpangkan seorang biarawati.Noorazli dikatakan menggunakan ayat yang dikaitkannya dengan Mazmur 129 dalam kitab Injil, namun kandungan itu sebenarnya tidak terdapat dalam bab berkenaan.Susulan itu, Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau yang menyifatkan jenaka itu ‘amat tidak wajar dan menyinggung perasaan’ menggesa Noorazli memohon maaf, pendirian yang turut disokong oleh veteran Umno Sabah Salleh Said Keruak.Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, yang turut menggesa Noorazli memohon maaf secara terbuka, menegaskan agama tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.Mengulas lanjut, Noorazli menjelaskan kisah yang dikongsikan ketika berucap itu digunakan semata-mata sebagai analogi untuk mengambil pengajaran mengenai kepentingan fokus, ketekunan dan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu matlamat.Katanya, analogi berkenaan sama sekali tidak dimaksudkan untuk menghina, memperlekeh atau mempersendakan mana-mana individu, kepercayaan mahupun agama.Noorazli berkata, beliau mengambil maklum reaksi dan pandangan yang timbul berhubung ucapannya serta menerima perkara itu sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam memilih analogi pada masa akan datang.“Saya menghormati setiap agama dan kepercayaan serta sentiasa menjunjung keharmonian, sikap saling menghormati dan persefahaman yang menjadi asas penting kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.Beliau berharap penjelasan itu dapat meredakan salah faham yang timbul serta memast…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →