Home › World

Nothing wrong with questioning govt, Wong Chen says on Hassan’s plea

World 1 source 1 country 44m ago

Former Subang MP Wong Chen dismissed Pasir Gudang MP Hassan Karim's call to refrain from criticising Prime Minister Anwar Ibrahim.KUALA LUMPUR: Former Subang MP Wong Chen today dismissed a call by Pasir Gudang MP Hassan Karim of PKR to refrain from criticising the prime minister, saying there is nothing wrong with questioning the government."I'm not going to follow Hassan's suggestion," he said in a speech at a gathering here to protest Myanmar president Min Aung Hlaing's visit to Malaysia.Hassan yesterday urged four former MPs who quit the party to stop their personal attacks on Prime Minister Anwar Ibrahim and PKR.The former MPs, whom he referred to as the "gang of four", were Wong Chen as well as Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad and Lee Chean Chung, who are now key leaders in Bersama.Hassan said that instead of doing themselves a favour, they were only helping their rivals Umno and Perikatan Nasional.He also said they were wrong to think that their constant attacks on Anwar and PKR would win support for Bersama in the next general election. Wong Chen tepis gesaan Hassan Karim supaya bekas pemimpin PKR sepertinya tidak mengkritik Anwar Ibrahim secara peribadi.KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen menolak gesaan Hassan Karim supaya bekas rakan PKR tidak mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara peribadi.Wong berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR itu kerana pemimpin kerajaan perlu dipertanggungjawabkan atas keputusan mereka, terutama apabila timbul perkara wajar dipersoalkan.Menurut Wong, Hassan mencadangkan supaya bekas pemimpin PKR sepertinya hanya mengkritik kerajaan dan tidak menyerang Anwar secara peribadi.“Saya tidak akan mengikuti cadangan YB Hassan Karim,” katanya pada himpunan membantah lawatan ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), hari ini.Semalam, FMT melaporkan Hassan mengingatkan bekas rakan PKR yang digelarnya 'Geng Empat' supaya tidak terus menyerang Anwar dan parti itu secara peribadi, walaupun mereka bebas mengkritik kerajaan.Mereka yang dimaksudkannya ialah Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Lee Chean Chung yang kini menjadi antara pemimpin utama Parti Bersama Malaysia (Bersama).Hassan berkata mereka tersilap jika menganggap serangan berterusan terhadap Anwar dan PKR mampu menarik sokongan kepada Bersama pada PRU16.Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR pada Mei 2026 selain bertindak mengosongkan kerusi Pandan serta Setiawangsa.Wong mengikut jejak langkah mereka pada Ogos manakala Lee menyertai Bersama, 5 Okt lalu.Bekas pemimpin PKR itu turut mengosongkan kerusi Subang dan Petaling Jaya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →