Masyarakat Orang Asli berharap nasib mereka akan mendapat lebih perhatian.JELEBU: Penduduk Orang Asli di DUN Chennah mahu bakal wakil rakyat kawasan itu memahami masalah mereka dan rajin turun padang.Ibas Sar.Bagi penduduk Kampung Tohor, calon yang dipilih perlu mampu membantu menyelesaikan masalah berkaitan perumahan, pendapatan, pendidikan, jalan raya dan tanah adat.Seorang penduduk, Ibas Sar, 43, berkata bangsa calon tidak menjadi pertimbangan utama ketika mereka mengundi.“Kita tidak pilih sebab bangsa. Melayu, Cina atau India tidak kira. Kita lihat siapa yang faham masyarakat kampung dan boleh membantu,” katanya kepada FMT.Sarip Angkung, 56, pula berkata penduduk akan menilai wakil rakyat berdasarkan prestasi dan tindakan mereka sepanjang tempoh lima tahun.Sarip Angkung.“Kalau lima tahun tidak baik, rakyat boleh buat keputusan semula.
Yang penting, kami mahu orang yang boleh bantu masyarakat,” katanya.Selain bantuan perumahan, Sarip berharap wakil rakyat dapat membuka lebih banyak peluang bagi meningkatkan pendapatan penduduk serta memberi perhatian kepada pembangunan kampung, keadaan jalan raya dan isu tanah adat.John OsmanJohn Osman, 45, pula mahu pendidikan anak-anak Orang Asli diberikan keutamaan bagi membantu mereka mengubah kehidupan keluarga.“Kita mahu anak kita ke sekolah setiap hari tanpa gagal sebab dengan pendidikan dapat mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik,” katanya.Mariam Som.Seorang lagi penduduk, Mariam Som, 50, berkata masyarakat Orang Asli memerlukan wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan penduduk dan memahami cabaran yang mereka hadapi.Kampung Tohor terletak dalam DUN Chennah, yang menyaksikan penyandang tiga penggal Loke Siew Fook daripada Pakatan Harapan (PH) dicabar calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon.Pada PRN lalu, Loke mempertahankan kerusi Chennah dengan majoriti 2,200 undi.
Summary from source