Pakar berkata penilaian prestasi polis sepatutnya beri penekanan kepada kejayaan lumpuhkan rangkaian pengedaran, nilai rampasan dan sitaan aset sindiket dadah bukannya jumlah tangkapan semata-mata. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pakar kriminologi memberi amaran arahan mewajibkan ketua balai polis di Kelantan membuat sekurang-kurangnya satu tangkapan berkaitan dadah sehari berisiko menjejaskan kualiti siasatan apabila penguatkuasaan lebih tertumpu kepada memenuhi sasaran berbanding keberkesanan. P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia berkata, walaupun arahan itu bertujuan meningkatkan akauntabiliti, ia boleh mendorong pegawai memberi tumpuan kepada kes mudah atau pengguna kecil berbanding memburu pengedar utama serta sindiket.
Katannya, tanpa pemantauan rapi, arahan itu juga boleh membawa kepada tangkapan tergesa-gesa, penahanan tanpa risikan kukuh dan salah guna kuasa sehingga menjejaskan keyakinan awam. Menurutnya, penilaian prestasi polis sepatutnya memberi penekanan kepada kejayaan melumpuhkan rangkaian pengedaran, nilai rampasan, sitaan aset sindiket serta pengurangan kadar kesalahan berulang, bukannya jumlah tangkapan semata-mata. "Pendekatan ini hanya memberi impak positif jika dijadikan pemangkin kepada penguatkuasaan berasaskan risikan, bukannya perlumbaan mengejar kuota,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, mewajibkan semua ketua balai di negeri itu memastikan sekurang-kurangnya satu tangkapan kes dadah dilakukan setiap hari atau berdepan tindakan tatatertib. Katanya, pendekatan itu dilaksanakan selepas statistik tangkapan dadah menunjukkan penurunan walaupun operasi penguatkuasaan ditingkatkan. Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Haezreena Begum Abdul Hamid berkata arahan berkenaan mencerminkan kesungguhan polis menangani masalah dadah di Kelantan, namun keberkesanan penguatkuasaan tidak boleh diukur melalui bilangan tangkapan sahaja.
Katanya, sasaran seperti satu tangkapan sehari boleh memberi tekanan kepada pegawai sehingga menjejaskan kualiti siasatan. "Penguatkuasaan perlu sentiasa berlandaskan bukti, profesionalisme dan budi bicara, bukannya sekadar memenuhi sasaran,” katanya. Haezreena berkata, tindakan tegas perlu difokuskan kepada pengedar dan sindiket, manakala pengguna dadah wajar ditangani melalui …
Summary from source