HomeWorld

Pakatan BN-PN mungkin sampai PRU16, kata Loke

World 1 source 1 country 35m ago

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata tiada jaminan pakatan BN-PN akan mengekalkan sokongan diraih pada pilihan raya lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin bertanding PRU16 bawah satu gabungan sekiranya ia berjaya pada PRN Negeri Sembilan, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.Loke percaya dua gabungan itu menggunakan PRN itu pada 1 Ogos ini, sebagai eksperimen mengukur sama ada gandingan tersebut mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH), lapor China Press.Beliau berkata, jika BN dan PN menang, ia akan mendorong mereka meneruskan kerjasama sama pada beberapa PRN lagi termasuk PRU16."Mereka percaya dengan bekerjasama, mereka boleh memperoleh sebahagian besar sokongan, atau majoriti besar pengundi Melayu."Jadi, PH mesti membuktikan ia masih berkeupayaan menang pilihan raya dan pencabarnya tidak semestinya menguasai sokongan majoriti pengundi Melayu," katanya.Loke berkata, pakatan BN-PN tidak menjamin dua gabungan itu akan mengekalkan sokongan diraih pada pilihan raya lalu."Politik tidak boleh dikira menggunakan perkiraan mudah. Mereka fikir satu tambah satu mesti jadi dua, tetapi dalam politik, satu tambah satu tidak sentiasa menjadi dua."Sama ada kerjasama BN-PN ini akhirnya dapat diterjemahkan kepada undi masih belum teruji, khususnya belum jelas sama ada pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan menerima logik politik ini," katanya.Di bawah persefahaman pilihan raya tersebut, BN bertanding 25 kerusi, manakala PN bertanding di baki 11 kerusi pada PRN Negeri Sembilan.PH pula bergerak solo dan bertanding di semua 36 kerusi.BN dan PH kekal sebagai sekutu di peringkat persekutuan dengan PN di blok pembangkang.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →