Malaysia yang bersatu bergantung kepada satu kelompok progresif yang berpecah-belah — kelompok yang terpaksa berdepan blok konservatif yang bertekad untuk memecah-belahkan negara. Kelompok progresif yang berpecah ini juga perlu berdepan dengan rakyat yang enggan mengundi, atau yang memberikan undi kepada parti-parti baharu yang tidak berupaya menang atau membawa perubahan yang benar-benar bermakna. Jika keputusan PRN Johor serta pakatan politik yang sedang membentuk landskap pilihan raya Negeri Sembilan dijadikan petunjuk, Malaysia berkemungkinan besar akan ditadbir oleh sebuah pentadbiran konservatif.
Pentadbiran itu berkemungkinan diterajui oleh Barisan Nasional (BN), tetapi di sebalik tabir dipandu oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Kerjasama atau persefahaman antara BN dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU16 adalah sesuatu yang masuk akal dari sudut matematik politik. Kuasai sebahagian besar undi Melayu, maka makin besar peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Keadaan itu mungkin menyaksikan jawatan perdana menteri disandang oleh pemimpin BN, manakala PAS mengukuhkan penguasaannya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur. Peta politik Malaysia kemudiannya akan diwarnai dengan dua rona biru: BN di beberapa negeri, PN di negeri-negeri lain, dan mungkin hanya beberapa kubu Pakatan Harapan (PH). Kerajaan persekutuan pula akan merangkumi MCA, MIC, Gerakan atau Parti Rakyat India Malaysia -- sekadar wakil simbolik untuk menampilkan imej kepelbagaian.
Inilah realiti yang mungkin terpaksa diterima oleh rakyat. Kerana parti-parti progresif seperti PH, Parti Bersama Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda digamit ego walaupun berkongsi cita-cita. Walaupun mempunyai ramai tokoh yang bijak, mereka akhirnya tewas di tangan kelompok konservatif dari segi percaturan politik.
Jika kelangsungan diibaratkan sebuah kapal yang sedang karam, mereka tidak mengayuh bersama dan sebaliknya akan bertelagah mengenai perkara-perkara remeh. Namun, beban ini bukan terletak pada ahli politik semata-mata. Pengundi juga memikul sebahagian tanggungjawab.
Memperlekehkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menolak segala yang telah dilakukan oleh PH seolah-olah kegiatan masa senggang dalam kalangan bukan Melayu dan orang Melayu yang progresif. Golongan pengundi ini seakan-akan anak-anak yang dimanjakan -- tidak sabar …
Summary from source