Presiden PAS Abdul Hadi Awang (kanan) menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu diterajui Muhyiddin Yassin awal bulan lalu, walaupun dua parti kekal komponen PN.PETALING JAYA: PAS sepatutnya keluar Perikatan Nasional (PN) dan bukannya Bersatu memandangkan parti itu yang membuat keputusan menamatkan kerjasama politik mereka, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.Muhyiddin berkata, Bersatu sebagai pengasas bersama PN, mempunyai hak untuk kekal sebagai komponen gabungan dan tidak boleh dipaksa keluar, lapor Berita Harian.Beliau berkata, menjadi amalan biasa bagi sesebuah parti keluar gabungan apabila ia sendiri memutuskan hubungan dengan komponen lain, sambil merujuk tindakan PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) selain dan tindakan Bersatu keluar Pakatan Harapan (PH)."Sepatutnya kalau kita tidak puas hati dengan kawan dalam satu rumah, kitalah keluar. Bukan kita paksa kawan kita keluar. Ini tidak masuk akal."Tetapi, mungkin PAS memikirkan PN saya asaskan ini ada nilai, maka dia nak bergayut kepada PN dan buat perkara memaksa Bersatu supaya keluar."Jika Bersatu memutuskan meninggalkan PN, kita boleh keluar pada bila-bila masa," katanya.PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu awal bulan lalu, walaupun dua parti berkenaan kekal komponen PN.PN, yang kini dipengerusikan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudiannya menerima dua komponen baharu – Pejuang, dan parti bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, Parti Wawasan Negara (Wawasan).PAS dan Bersatu bertanding di bawah panji PN pada PRN Johor pada 11 Julai, namun parti itu memutuskan tidak berkempen untuk Bersatu.
PN akhirnya tewas di semua kerusi.Menjelang PRN Sembilan 1 Ogos ini, PN diterajui PAS mengikat persefahaman dengan Barisan Nasional (BN). Dua gabungan itu bersetuju mengelak bertembung di 36 kerusi dipertandingkan, dengan BN bertanding di 25 DUN, manakala PN merebut baki 11 kerusi.Bersatu menentang pakatan berkenaan dan memutuskan bertanding di bawah lambangnya sendiri di 24 kerusi, sekali gus mencetuskan pertembungan dengan PN di lapan kawasan.Peralihan pimpinan BersatuTanpa mengambil kira keputusan PRN Negeri Sembilan, Muhyiddin berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai presiden Bersatu sebaik sahaja penggalnya berakhir tahun depan."Saya sudah menyatakan hasrat dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu tiga tahun lalu ini penggal terakhir saya sebagai presiden.
Summary from source