Presiden Umno Zahid Hamidi berkata teguran itu bukan bertujuan membakar api sebaliknya mahu memastikan keresahan rakyat tidak terus disemarakkan.KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan berkata bahawa partinya boleh melakukan lebih baik dan menggesa beliau mendengar suara rakyat.Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno.Ketika menggariskan agenda ekonomi, Zahid mengkritik perkara yang disifatkannya sebagai ketidakpastian berhubung dasar kerajaan, khususnya percukaian oleh Anwar yang dirujuk beliau sebagai 'guru' dalam ucapan itu.“Cukup-cukuplah, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup-cukuplah!“Insya-Allah, kami boleh buat lebih baik daripada yang guru buat,” katanya.Zahid menegaskan teguran itu bukan bertujuan membakar api sebaliknya mahu memastikan keresahan rakyat tidak terus disemarakkan."Kita tidak mahu menimbulkan keresahan Kita tidak mahu menimbulkan kegelisahan apatah lagi menimbulkan kekeliruan yang menjadi kekeliruan yang tidak berkesudahan,” katanya.Zahid juga berkata Umno mensasarkan 80% tenaga kerja negara ini berada dalam kategori berkemahiran tinggi dan memperoleh gaji lumayan serta mempunyai pemilikan terhadap rumah, saham dan harta intelek."Selama ini kita banyak mengukur kemajuan rakyat melalui pendapatan.
Hakikatnya rakyat yang benar-benar berdaya maju mesti memempunyai rumah, perusahaan, saham, harta terutamanya harta intelek, simpanan mahupun aset produktif."Justeru, kita semua mahu negara ini bergerak daripada masyarakat yang hanya berpendapatan kepada masyarakat yang memiliki. Sasaran kita 60% daripada rakyat dewasa Malaysia memiliki secara langsung sekurang-kurangnya satu aset yang menjana nilai," katanya. Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata gelombang biru dibawa Umno bukan sekadar menjadikan parti itu 'pelengkap kerajaan', sebaliknya bagi mendapatkan semula mandat memimpin negara.KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi mengulangi tuntutan PRU16 diawalkan kerana yakin parti itu menerusi gelombang biru akan menerajui mandat baharu membentuk kerajaan.Dalam ucapan dasar presiden, Zahid turut merujuk kepada pihak tertentu dengan ungkapan 'cukup-cukuplah', dan 'bagi peluang kami pula'.“Justeru, tiba masa PRU16 disegerakan.
Ini kehendak rakyat."Cukup-cukuplah. Bagi peluang kami pula...alang-alang menyeluk pekasam. Alang-alang kita telah berlawan, kita lawan.
Lawan sampai menang,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Zahid berkata, gelombang biru yang dibawa Umno bukan sekadar untuk menjadikan parti itu sebagai 'pelengkap kerajaan', sebaliknya bagi mendapatkan semula mandat memimpin negara.Beliau berkata, landskap politik Melayu kini jauh lebih rencam dengan kesetiaan pengundi yang tidak lagi boleh dianggap kekal.“Generasi baru tidak terikat dengan nostalgia politik yang lama. Sebab itu kita tidak boleh guna satu formula untuk semua medan,” katanya.Jelasnya, keputusan di Sabah, Johor, dan Negeri Sembilan memberikan pengajaran berbeza kepada parti itu menjelang PRU16.Zahid berkata, lapan tahun selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa pada 2018 sepatutnya menjadi tempoh untuk parti itu bermuhasabah dan memahami perubahan politik.Katanya, kemerosotan sokongan sebenarnya sudah kelihatan sejak 2008 apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga, sebelum sokongan terus terhakis pada 2013.“Namun, parti yang mahu bangkit tidak boleh hanya bernostalgia dan menyalahkan orang lain. Kita harus sedar, selalunya kejatuhan tidak bermula ketika kita kalah.
Sebaliknya, ia bermula apabila kita terlalu yakin yang kita tidak akan pernah kalah,” katanya.
Summary from source