Seorang profesor di Universiti Tokyo sedang membentangkan fakta tentang universitinya kepada sekumpulan pelawat pagi itu. Bilik seminarnya kecil, slaidnya ringkas sahaja, dan tiada video korporat berlatarkan sakura. Di samping penerangan tentang penyelidikan yang sedang beliau lakukan, ada satu slaid bertajuk 'University of Tokyo at a glance'.
Angkanya sederhana sahaja — 28,027 pelajar, 4,604 daripadanya pelajar antarabangsa, dan 4,570 staf akademik.Kemudian datang baris yang membuat saya berhenti mencatat.Kemudian datang baris yang membuat saya berhenti mencatat. Nisbah prasiswazah kepada pascasiswazah: 50–50. Daripada pelajar antarabangsa pula, sembilan daripada sepuluh berada di peringkat pascasiswazah.
Dan di penghujungnya, satu angka yang saya sangka akan disembunyikan iaitu staf antarabangsa hanya 8%.Profesor itu menyebutnya dengan nada yang sama seperti angka-angka lain. Tiada pembelaan, tiada janji penambahbaikan. Ia dilaporkan sebagaimana suhu bilik dilaporkan iaitu sebagai keadaan, bukan sebagai kedudukan yang perlu dipertahankan.Penulis mendengar sambil telefon di tangan, membaca berita-berita yang tular di tanah air.
Antara yang hangat adalah isu pelajar antarabangsa mengambil tempat pelajar tempatan di universiti awam. Yang mengganggu saya bukan perdebatan itu. Tetapi menyedari bahawa dua perbualan ini, satu di bilik seminar di Tokyo, satu lagi di ruang siber Malaysia, sedang membicarakan tentang perkara sama menggunakan dua ukuran yang berbeza sama sekali.
Kita bertengkar tentang bilangan.Fakta yang menutup pintu kepada isu lebih utamaBermula dengan pernyataan yang paling mudah disemak. Dakwaan bahawa pelajar asing merampas tempat anak tempatan tidak boleh bertahan apabila diuji dengan data.Di peringkat prasiswazah, pelajar antarabangsa mewakili hanya 3.44% daripada keseluruhan enrolmen, dan kemasukan mereka dilaksanakan berasaskan prinsip ‘over and above’. Ini bermakna mereka tidak mengambil tempat yang diperuntukkan kepada calon tempatan melalui sistem UPUOnline.
Bagi universiti awam secara keseluruhan, angkanya 56,565 orang daripada 634,706 pelajar, iaitu 8.9%.Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri menegaskan bahawa menggabungkan angka prasiswazah dan pascasiswazah bagi membentuk persepsi merampas tempat merupakan gambaran yang tidak tepat dan mengelirukan masyarakat.Dengan itu, perkara ini selesai.
Summary from source