Tertuduh Muhammad Hussin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.PETALING JAYA: Bekas pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMShape) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan salah guna kuasa bernilai RM3.12 juta.Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Hussin, 64, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan ke atasnya.Mengikut pertuduhan, pesara itu didakwa sebagai sebagai salah seorang anggota mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) bagi melantik syarikat, QTech Management Malaysia Sdn Bhd yang mana dia dikatakan mempunyai kepentingan terhadapnya.Lantikan itu bertujuan bagi pemberian kontrak pekerjaan mengendalikan program sarjana pendidikan dan diploma pendidikan lepasan ijazah melalui Fakulti Pendidikan UKM bernilai RM3.12 juta, lapor Utusan Malaysia.Kesalahan itu dilakukan dekat sebuah kolej kediaman di universiti berkenaan dan sebuah hotel di Hulu Langat pada 26 Feb dan 25 Jun 2022.Bapa sembilan anak itu dituduh bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.Selain penjara, tertuduh juga boleh dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin, mencadangkan jaminan sebanyak RM300,000 berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, peguam Muhammad Wafi Anwar Roslan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan dua isteri dan sembilan anak, termasuk seorang bayi berusia 22 hari.“Dia sudah bersara empat tahun lalu dengan menerima wang pencen bulanan RM8,000. Tertuduh juga menghidap kanser tisu serta penyakit jantung yang memerlukan rawatan berkala.“Berkenaan syarat penyerahan pasport saya mohon supaya ia tidak dikenakan kerana isteri kedua dan anak berada di Indonesia,” katanya.Mahkamah menetapkan jaminan RM80,000 selain tertuduh perlu mematuhi syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Nov. Irene Sofiya Khairool Faisal, 16, ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, pada 4 Okt.
(Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 4 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Khairool Faisal, awal bulan ini.Tertuduh berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.Pelajar itu didakwa membunuh Irene Sofiya di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Seth, Yong Peng, antara jam 2.30 hingga 4 petang, 3 Ok lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, jika tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said dan Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili Suhaila Shafi'uddin dan Mohd Azlan Shah Mohd Allias.Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu memandangkan belum menerima laporan bedah siasat dan forensik patologi daripada hospital.Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan kes disebut semula pada 22 Dis depan. Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.Dalam kejadian itu, Irene Sofiya ditemukan terbaring dalam dewan sekolah dengan kesan darah kering pada badannya selain lebam.Susulan itu, polis melakukan beberapa rampasan dan penemuan barang kes di sekitar Yong Peng, termasuk sebatang besi sepanjang kira-kira 96cm dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
Summary from source