Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata sebarang bukti salah laku perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan sama ada pihak bertanggungjawab patut didakwa.PETALING JAYA: Hassan Karim daripada PKR menggesa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan jenayah daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji (TH).Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kesalahan itu mungkin termasuk penipuan kewangan, pemalsuan rekod perakaunan, penipuan, pengagihan hibah tidak sah dan pecah amanah.Beliau yang juga peguam berkata, sebarang bukti salah laku perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan sama ada pihak bertanggungjawab patut didakwa."Tiada gunanya menerbitkan laporan RCI jika dibiarkan begitu saja tanpa sebarang tindakan undang-undang," katanya dalam sebuah video.Hassan turut menekankan kedudukan kewangan TH pada 2017 yang melaporkan keuntungan RM3.4 bilion sedangkan ia sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion.Jelasnya, ini bersamaan percanggahan RM4.8 bilion, dan mendakwa bahawa kedudukan kewangan sebenar TH telah disembunyikan.Hassan turut mempersoalkan pengagihan hibah bagi tahun itu, dengan memetik Seksyen 22(3) Akta Tabung Haji 1995 yang melarang dana itu mengisytihar atau membayar dividen atau pengagihan keuntungan jika asetnya lebih rendah daripada liabiliti.Tanpa menyebut nama, beliau berkata, penyiasat boleh meneliti peranan ketua pegawai eksekutif atau pengarah urusan, ketua pegawai kewangan kumpulan, pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan ketika itu.Tegasnya, beliau tidak menuduh mana-mana individu melakukan kesalahan secara khusus."Sesiapa yang mungkin dituduh nanti, belum tentu bersalah dan mereka ada hak untuk membela diri."Hassan berkata, perkara itu mempunyai kepentingan awam besar kerana membabitkan simpanan umat Islam yang mendepositkan wang dengan Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI itu dan membentangkannya di Parlimen untuk dibahaskan.RCI itu ditubuhkan pada 2021 untuk menyiasat aspek pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset TH antara 2014 hingga 2020 susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan kedudukan kewangan dana berkenaan. RCU itu menyiapkan laporannya pada Julai 2022. Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Hasan berkata 75% daripada 25 syor yang dikemukakan RCI telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan TH di landasan tepat dalam pengurusan deposit dan operasi haji.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan baki 25% syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) yang belum dilaksanakan dengan mengambil kira aspek kebijaksanaan, realiti semasa serta pertimbangan berkaitan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata kerajaan sentiasa terbuka dan sedia melakukan perubahan, selain melihat syor berkenaan sebagai peluang untuk memperkukuh institusi berkenaan."Ada banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk memastikan institusi yang kita sayangi ini terus terbang tinggi," katanya selepas merasmikan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) di sini.Beliau berkata, 75% daripada 25 syor yang dikemukakan RCI telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan TH di landasan tepat dalam pengurusan deposit dan operasi haji sehingga membolehkan institusi itu menerima Diamond Award bagi pengurusan haji terbaik dunia pada musim haji 1447H/2026M.Mengulas syor supaya struktur tadbir urus TH disusun semula, beliau terbuka mempertimbangkan cadangan itu, termasuk mengasingkan tanggungjawab pengurusan kewangan, dana dan pelaburan di bawah menteri kewangan.Jelasnya, syor mengehadkan bidang kuasa menteri agama kepada pengurusan haji antara cadangan dikemukakan RCI.Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan ke atas isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman, yang antara lain mengandungi syor penambahbaikan pengurusan dan operasinya.Mengenai penganjuran MMKI, beliau berkata, muzakarah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal negara yang menduduki tangga teratas dunia dalam Indeks Ekonomi Islam.Menurutnya, platform itu menghimpunkan pakar kewangan, ahli akademik dan pengamal industri bagi membincangkan isu semasa serta meneliti cabaran dan perkembangan global untuk menentukan hala tuju sektor kewangan Islam negara.Katanya, MMKI yang dipelopori Co-opbank Pertama (CBP) turut berperanan sebagai platform rujukan kepada pemain industri yang mengendalikan perbankan dan kewangan Islam."Muzakarah ini akan membincangkan isu semasa dan realiti hari ini, termasuk meneliti perkembangan di peringkat global."Pakar akan mengemukaka…
Summary from source