Kawasan di hadapan pejabat UNHCR lokasi sensitif dan tidak boleh dijadikan penempatan sementara, kata Ketua Polis KL Fadil Marsus. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Polis memindahkan 126 pelarian Rohingya yang mendirikan khemah dan menjadikan kawasan di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sebagai penempatan sementara.Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata kawasan di hadapan pejabat UNHCR itu lokasi sensitif dan tidak boleh dijadikan penempatan sementara oleh mana-mana individu atau komuniti.Polis bersama imigresen mengambil tindakan memindahkan semua pelarian itu ke IPK Kuala Lumpur bagi menjalankan proses saringan dan dokumentasi."Kami akan buat saringan di tempat yang lebih sesuai. Mereka yang tidak mempunyai dokumen akan ditahan manakala mereka yang mempunyai dokumen akan disahkan terlebih dahulu dengan UNHCR."UNHCR bersama unit sokongan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mencari pilihan penempatan yang bersesuaian bagi mereka yang mempunyai dokumen sah kerana kami tidak boleh mengambil tindakan di bawah Akta Imigresen terhadap pemegang kad UNHCR yang sah," menurut kenyataan.Fadil berkata 58 daripada 126 pelarian Rohingya yang dipindahkan itu adalah orang dewasa.Semua pelarian terbabit memberikan kerjasama kepada polis sepanjang operasi dijalankan dan tiada sebarang insiden menghalang tugas penjawat awam dilaporkan."Pihak kami juga belum dapat mengesahkan dakwaan mengenai ketibaan dua lagi bas yang dipercayai membawa pelarian Rohingya ke ibu negara," katanya.Tinjauan di lokasi mendapati operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, semua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.Media sebelum ini melaporkan kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas.
Empat trak polis terbabit dalam pemindahan raturan pelarian Rohingya yang berhimpun di hadapan pejabat UNHCR. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Ratusan pelarian Rohingya yang berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan pemindahan semua warga asing terbabit dilakukan malam ini.Operasi pemindahan bermula 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian tersebut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, semua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka terlibat dalam penyelarasan kes berkenaan esok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian.Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sah akan diserahkan kepada imigresen untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan.Anwar berkata agensi penguat kuasa termasuk polis, imigresen serta pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.Media sebelum ini melaporkan kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas.
Summary from source